Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 22 Jun 2012

Petua Hilangkan Rasa Pedas

Ketika makan malam, anak-anak mengipas lidah tanda kepedasan.  Apa tidaknya, kena budu yang padat dengan cili pimiento, ditambah dengan keenakan sup lada hitam labu air tanamsendiri.  Untuk protein pula, ikan bilis digoreng dengan sambal yang manis-manis pedas.  Bilis pula bilis istimewa pemberian Puteri Purnama daripada Sabah.  Puteri kutip labu air dari mangkuk lauk dan beredar ke depan TV menandakan protes sebab lauk pedas.  Hero Akasyah dan Muhammad kipas lidah sambil makan.  Papa perhati aja gelagat anak-anak.  Tak apa, sekali sekala bakar badan supaya keluarkan endorfin supaya happy sikit.  Akhir-akhir ni nampak tension sikit struggling siapkan kerja sekolah yang menimbun.  Err sebenarnya ini kali pertama tengok mereka buat kerja sekolah.  Selama ni wonder juga, tak kan cikgu tak bagi homework.  

Hah dah habis makan.  Nak tambah lagi?

"Pedas sangat lah Papa, mana boleh tambah kalo macam ni."

Saya buka peti sejuk, ada jus prune sebotol.  Tuang sedikit ke dalam gelas dan beri pada anak-anak.  

"Sedut masuk ke dalam mulut, biar jus ni cover lidah.  Jangan telan dulu.  Bilang dalam hati sampai sepuluh baru telan."

Anak-anak ikut arahan dan saya perhati aja...

"That's weird, pedas dah ilang.  Pa, tambah sepinggan lagi."  Muhammad hulurkan pinggan.

"Kasyah pun tambah sepinggan."  Minta Akasyah.

Huh... patutlah dua-dua naik badan, makan sedap.

Bahan yang membuat rasa hangat dalam cili dan lada hitam bersifat alkali lemah.  Bila dicampur asid lemah, kesan rasa hangat akan hilang.  Jus prune, jus limau nipis, jus oren, jus roselle dan jus buah-buahan bersifat asid dan dapat mengurangkan atau menghilangkan rasa hangat.  

Kalau terasa pedas ketika makan, jangan minum air kosong kerana ia akan menyebarkan bahan hangat cili ke bahagian lain di atas lidah.  Kemam jus.  Ini petua hari ini khas dari tanamsendiri.com

16 ulasan:

  1. rupanya.. saya mati-mati ingat kalau makan pedas campur air masam akan jadi makin pedas. Salah teori rupanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita jeruk cili padi dalam cuka untuk kurangkan pedasnya. Bila guna jus prune, hangat cili hilang "like magic." Anak-anak tambah dua pinggan lagi.

      Padam
    2. saya tak tahan pedas..Malam tadi tengok suami makan cili padi jeruk macam sedap.. Cuba sikit dah tak tahan.. Hehehe

      Padam
    3. Minum Sunquick pun sama teori jugak kan? :)

      Padam
  2. Bagus petua ni...saya pun tak tahan pedas.....i like this magic

    BalasPadam
  3. selain itu boleh juga minum susu segar... lemak dan asid laktik dalam susu boleh bertindak menghilangkan capsaicin dalam mulut tu.

    tapi orang yg lactose intolerant takleh buat la... so minum la jus prune atau jus masam yg lain...hehehe

    BalasPadam
  4. boleh guna jus roselle? baguz nie. heh heh heh...

    BalasPadam
  5. wow, tips ni paling best.. baru ku tahu, alkali (pedas) vs asid = neutral..

    BalasPadam
  6. bestnyerr petua ni, jazakallah khair ya

    BalasPadam