Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 27 Jun 2012

Musim Panas Tak Elok Bertanam?

Sebagai kanak-kanak saya memang dikenali kerana minat bertanam.  Nak kata berkebun, tanah belakang rumah hanya sekangkang kera.  Bila ada yang tak kena ketika bermain, saya akan pulang dan menyangkul tanda lepas geram. Bila semua ok, pokok kemana, kebun kemana.

Saya ingat lagi suatu hari ketika panas terik, mak bertanya,

"Tak menyangkul hari ni?"

Mungkin sebab hari sebelumnya saya menyangkul dengan bersungguh-sungguh, selepas bergaduh dengan sepupu kerana kalah main getah.  Hari ni, bila semua dah ok, cangkul terperosok dalam batas yang separuh siap.  Cuma anak-anak ayam mengais batas menikmati cacing tanah dan anai-anai yang terdedah kerana sarangnya dicangkul ketika membuat batas di hari sebelumnya.

"Tak, hari ni panas."

Jawab saya mencari alasan.

"Dulu tak menyangkul, sebab hujan, tunggu hari panas.  Sekarang tak menyangkul sebab panas, tunggu hari hujan?"

Ayat mak selalu bermain di telinga bila saya cari alasan untuk tidak bertanam.  Aktiviti ini bagus.

Sebenarnya kita dikurniakan dengan cuaca yang cukup baik jika minat bertanam.  Saya sendiri pun tidak menyedari hakikat ini hinggalah diberi kenikmatan dapat sambung belajar di negara empat musim.  Makcik-makcik di sana terpaksa korek pokok letak dalam pasu dan angkut masuk ke apartment ketika musim sejuk.  Mereka tunggu musim panas.  Pokok sayur yang cantik-cantik yang mereka tanam bukannya ditanam ketika sejuk.  Mengapa pula kita beri alasan sayur di negara mereka cantik sebab sejuk.

Ok, negara kita panas.  Apa buktinya kalau panas elok untuk bertanam, tak kan main cakap aja?  Nah itu soalan yang saya tunggu dari tadi.  Ini buktinya...

Pokok sweet basil lebar daunnya, bukan berasal dari tempat kita.  Di ambil pucuknya hampir setiap hari untuk dibuat ulam, tetap segar.  Kata orang pokok ini berasal dari tempat sejuk.  Lihatlah sendiri.  Kangkung yang sememangnya dahagakan air, walaupun ini musim panas, lihatlah sendiri betapa suburnya.  Yang tinggi sebelah bucu kiri tu mulukhiya, siap berbunga.  Kesum juga tetap subur.  Ruang ini tidak terlindung ketika terik matahari.  Rumpai juga turut menghijau subur.  Bila nak merumput ni.

Ruang depan rumah ketika musim panas.

Jadi, tak mau merungut lagi.  Nanti bulan ramadhan, kita nak makan makanan sihat.  Makanan hasil tanamsendiri.  Capai topi, capai sarung tangan.   




15 ulasan:

  1. takde button LIKE plak kat posting nie. Saya nak LIKE posting nie... jom tanam skrg utk jd sumber sayuran semasa Ramadhan, juga bungaan utk hiasan Syawal nanti ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada akaun Facebook, butang kongsi ke Facebook ada.

      Padam
  2. saya sudah share dan like di facebook :D

    BalasPadam
  3. Saya setuju. Melalui pemerhatian dan pembelajaran saya, Malaysia lah tempat terbaik untuk kita tanam menanam. Boleh tanam sepanjang tahun tanpa perlu fikir mengenai 4 musim. Cuma, apa yang kurang adalah buku-buku 'gardening'. Kebanyakan buku-buku tersebut diimport dari luar. Maka pokok yang disyorkan pun dari luar. Susah juga nak jumpa buku-buku tempatan menerangkan keseronokan bertanam di Malaysia.

    Nasib baiklah para penanam sendiri di Malaysia ada blog (contohnya En Iskandar). Ini telah memeriahkan lagi carian google mengenai tanaman di Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kata I wong... buku rujukan di Malaysia ini sikit... kalau buku luar negara tu pula kebanyakannya pasal pokok ditempat mereka... nak rujuk utk pokok-pokok di sini agak susah...
      awal dulu saya ber-blog... puncanya sebab nak jadikan catatan utk rujukan... gembira sebab jumpa banyak blog tempatan rajin juga bercucuk tanam.... ;p

      Padam
    2. Saya sendiri pun berharap rakan-rakan yang dalam hortikultur dapat tulis buku yang ke aras orang biasa. Saya sendiri mendapat latihan sebabagai biologist dan bukan horticulturalist. Sebab itu saya lebih fokus kepada faedah komuniti organisma dalam tanah.
      Tentang buku, saya lihat ada longgokan tajuk baru daripada penerbit tempatan. Seperti biasa mereka terjemah buku dari negara jiran. mungkin mereka sekarang lebih fokus kepada keuntungan dan tidak mahu bayar royalti. kalau beri pada penulis tempatan kena bayar royalti.
      Royalti yang mereka bayar pada penulis tempatan tinggi. Satu-batunya badan berkanun yang memertabatkan bahasa ibunda saya bayar roralti buku aktiviti buku teks kepada saya sangat tinggi, 0.67 peratus, tak sampai 1 peratus. Hinanya penulis tempatan di mata badan tersebut.

      Padam
    3. Insya-Allah. Saya pun teringin menghasilkan buku-buku berkebun / gardening bersifat tempatan. Masih mencari pengalaman lagi. Banyak lagi perlu saya belajar daripada bloggers tanam sendiri seperti en Iskandar dan teman-teman yang lain.

      Padam
  4. hihik..insaf.. Tak mau merungut lagi..

    BalasPadam
  5. betu la, insaf sekejap. Bila benih x jadi mulalah nak give up. Tanam boleh jer tapi bab nak merumput nih mcm cuak sikit,takut terrrserempak ngan cacing ker, lintah, lipas..apa2 pun tu sumer alasan. bila dah baca byk blog, rasanya I am not that bad, nama dah amatur, yg jadi dan tak sama byk jer. Tapi bila ada panduan mcm blog nih, beri Lynn semangat..

    BalasPadam
  6. seronok duduk malaysia dan dapat bertanam macam2... ada sesetengahnya memang takleh tanam sebab memang perlukan cuaca yang nyaman, tapi kadang tak menghalang nak mencuba untuk menanam...

    pokok kangkung da tuai berkali2.... penat da nak petik...heheheh... rasa nak masukkan ke dalam kotak kompos je... ada setengahnya da jadi meliar....

    BalasPadam
  7. sihat betul pokok basil ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Saya pun tak sangka jadi cantik macam tu. Dah banyak kali tuai daunnya.

      Padam
  8. tumpang tanya.. pokok sweet basil saya macam x tahan cuaca panas.. En. Iskandar letak pokok sweet basil En. Iskandar dkt direct sunlight ke teduhan?

    BalasPadam