Musim panas begini bukannya mustahil untuk bertanam, cuma kita perlu ada perancangan. Yang penting pokok tidak kekeringan terutamanya ketika di waktu tengahari. Untuk yang sibuk bekerja pastinya kita hanya mampu menyiram di waktu pagi dan tengahari sahaja. Waktu tengahari bagaimana ya? Mungkin pasang timer dengan sistem tetes? Atau bina drip sendiri menggunakan botol air mineral?
Untuk kurangkan panas boleh tanam sayur di tempat teduh, atau pasang sungkup. Sayur Putih ini tetap subur walaupun cuaca panas tahap tidak tertahan. Ia di tanam di kawasan teduh.
![]() |
Kobis Cina ini ditanam bersama Pokok Bunga Tongkeng. |
![]() |
Pokok Kobis Cina ini ditanam di dalam bekas gabus dan diletakkan di bawah pokok peria katak. |
Bagaimana buat drip guna botol air mineral?
BalasPadamSaya akan tunjukkan melalui posting.
Padammcm mana tu,? en.is tunjukkan la,...kami ni tk pandai bab2 pokok ni..huhu..tunjuk ajar ku sifu...
BalasPadamInsyaAllah akan ditunjukkan.
Padamtu la... sekarang musim panas...pokok jagung pun bergulung2 daunnya sebab kekeringan.... ada pokok lain, petang da layu...kasihan tengok...
BalasPadamENCIK< BUKANKAH BAHAYA KALAU SIRAM AIR WAKTU TENNGAHHARI? NANTI KULIT POKOK MELECUR>>> MCAM ORANG MANDI WAKTU TENGAHHARI< MAK SAYA CAKAP HEHE>>>>> KE GANE ENCIK? HUHU>>>
BalasPadamPetua orang dulu-dulu, supaya suami dan anak tersayang tak demam jemur kepala pergi menyiram tengahari. Sama juga tak boleh pergi beli garam malam-malam, mana tahu ada orang marah, disangka garam diberi racun, tak boleh menjahity malam-malam, dulu pakai pelita, takut tercucuk jari. Semua ada sebab disebaliknya. Orang melayu begitulah semua berkias. Mengapa tak diberi aja sebab sebenar supaya anak-anak dapat cari penyelesaian bukannya terus tak buat.
Padam