Bahan Organik
Bagaimanakah mengenali tanah yang kaya dengan bahan organik?
Tanah yang kaya dengan bahan organik mempunyai warna hitam atau gelap. Tanah tersebut mudah lerai (loose) dan terdapat banyak cacing tanah di dalamnya. Kalau tanah tersebut dianalisis oleh makmal bertauliah, ia mempunyai nilai C.E.C. yang tinggi. Untuk maklumat tentang C.E.C., anda boleh rujuk posting tentang tanah yang telah dimuat naik sebelum ini. Klik pautan ini.
Kaedah Menentukan Peratus Bahan Organik Di dalam Tanah
Untuk menentukan peratus kandungan bahan organik di dalam tanah, anda perlukan ketuhar, dapur dan neraca.
1. Panaskan sampel tanah di dalam ketuhar untuk mengeringkan tanah.
2. Timbang tanah dan catatkan bacaan awal jisim tanah.
3. Bakar tanah.
4. Timbang tanah dan catatkan jisim akhir tanah.
5. Kira peratus kandungan bahan organik menggunakan rumus berikut.
kalau tanah bukit encik ok tak?
BalasPadamKalau tanah bukit yang ditereskan biasanya topsoil yang kaya dengan organik telah dikikis. Asal ada ruang dan air, struktur tanah kita boleh baiki.
Padamsetuju sangat,asal ada ruang dan air, struktur tanah boleh dibaiki.Kaedah menanam, cara bela cacing dan ph tanah, semua nota kuliah yg tuan Is kongsikan saya simpan dalam folder, sebagai rujukan.Terimakasih banyak2..semoga Allah permudahkan segala usaha murni tuan sekeluarga.Amin.
BalasPadamTerima kasih, Puteri Purnama.
PadamTanah di belakang rumah saya berwarna coklat dan kering..boleh ke saya guna untuk menanam? macam mana cara untuk membaikinya?
BalasPadamTanah yang berwarna sedemikian kaya dengan bahan organik. Bagaimana pula dengan saiz zarah tanah?
Padamkompos saya kumpulkan dah ada yang terurai (bahagian bawah sekali kompos).Dalam masa yang sama ada banyak semut merah dalam kompos tu, jadi boleh ke kalau tanah yang ada semut tu digunakan untuk buat medium semaian atau anak pokok. sebab susah nak asingkan semut dan tanah.
BalasPadamJemur dulu atas kertas suratkabar. Buat satu lapisan nipisa aja. Semut gatal/semut merah akan ceri tempat lain. Lepas tu baru guna sebagai medium. Semut gatal makan organisma lain dalam tanah. Kita nakkan tanah yang kaya dengan organisma.
Padamyes, tak terpikir saya nak buat macam tu, terima kasih En. Is
Padamsaya ada tanam beberapa jenis pokok seperti limau kasturi, serai, pandan, daun kunyit di kawasan tepi rumah. saya baru sahaja berpindah dan semua kawasan luar telah saya timbun dengan top soil. masalahnya kenapa beberapa tanaman seperti daun kari, cili mati sedangkan tanaman lain seperti limau kasturi daun kunyit malah ulam raja segar bugar. adakah tanah merah (top soil) saya tidak subur. ada ada mencampurkan tanah hitam yang dibeli di nursery sebelum menanam.
BalasPadam