Prosedur Menguji Tanah
Sebenarnya tiada masalah anda uji tanah bila-bila masa
pun. Cuma seeloknya lakukan ujian pada
waktu yang sama setiap tahun. Ini akan
dapat membantu anda membuat perbandingan dengan lebih tepat. Ini kerana sifat tanah berubah mengikut
musim. Maklum sajalah ada musim kering, ada musim hujan.
Bagaimanapun perbezaan yang terhasil tidak ketara dan bacaan
tersebut pasti dapat membantu kita membuat keputrusan tentang cara
mengendalikan tanah supaya sesuai dengan tanaman yang dikehendaki.
Cara Mengambil Sampel Tanah
Dapatkan sekurang-kurangnya sepuluh sampel tanah
yang ingin diuji iaitu kira-kira satu sudu besar setiap sampel. Lima daripada
sampel terdiri dari tanah dari lapisan 1 inci (2.5 cm) daripada permukaan dan
lima sampel lagi dari kedalaman 6 inci atau 15 cm. Dapatkan tanah yang setara
bagi seluruh kawasan. Jangan ambil dari satu kawasan yang mempunyai sifat yang
lain daripada tanah secara keseluruhan untuk elakkan dari mendapat keputusan
yang jauh berbeza daripada yang sepatutnya.
Kemudian campurkan semua sample dalam bekas kaca
yang bersih dan gaulkan selama sekurang-kurangnya satu minit. Kemudian ambil
satu sudu besar daripada sample tersebut dan uji mengikut arahan dalam kit
penguji tanah.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan