Menguji Tanah Secara Kimia
Cara yang lazim yang digunakan untuk menentukan kandungan nutrien di dalam tanah ialah dengan
menggunakan bahan kimia dalam kit uji tanah sebagaimana ditunjukkan dalam gambar
dalam posting sebelum ini. Ada pakar
yang meragui ketepatan bacaan kerana sifat hanya
menguji kepekatan larutan nutrien, bukan jumlah kandungannya.
Maklumat yang diperolehi tidak
menggambarkan keupayaan tanah untuk membekalkan nutrien yang diperolehi oleh
tanaman. Ini kerana keupayaan pokok menyerap
nutrien daripada dalam tanah bergantung kepada beberapa faktor, iaitu kepekatan
nutrien di dalam larutan tanah, keupayaan tanah mengekalkan kepekatan tersebut,
serta kadar nutrien dialih ke dalam larutan tanah.
Ada yang mengesyorkan mendapatkan ujian daripada makmal
bertauliah. Ada penanam profesional yang mengupah makmal untuk mengkaji atau
menganalisis kultur tisu tanaman untuk menentukan kepekatan nutrien di dalam
tanah. Untuk orang macam kita yang hanya bertanam di tepi rumah
sebagai hobi dan untuk makan sendiri, saya rasa, penggunaan kit uji tanah yang
ringkas sudah memadai. Lagipun bacaan pH
yang dihasilkan daripada kit tersebut tepat.
Ada juga yang berpendapat bahawa kita tidak perlu uji pH
tanah kerana maklumat tersebut hanya penting kepada penanam komersial. Lagipun, kalau tidak ada maklumat tentang pH
pun, kita tetap akan lakukan sesuatu untuk memperbaiki mutu tanah. Ini semua bergantung kepada individu.
Bersambung...
Amatur gaya Pro! :D
BalasPadamKalo nak tanaman benar2 menjadi, kena la ikut kaedah pro cuma pada skali/bajet amatur. Jika tidak, mmg asyik mencuba je la utk dpt hasil terbaik. Bila dah dpt pun, x tau sbb apa blh dpt :)
Ya betul tu. Kalau main cuba-cuba aja, walaupun murah, dalam jangka panjang masih rugi juga sebab masa serta perbelanjaan cuba jaya dapat dikurangkan. Walau apa pun ia masih dapat dikurangkan kalau kita simpan jurnal supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.
PadamBertanam sebenarnya tiada satu cara yang betul, ia adalah menimbal supaya semua seimbang. Setiap tindakan ada kesannya. Ia berkait dengan membuat keputusan. Kita perlu fokus pada objektif aktiviti tersebut dan membuat keputusan yang terbaik mengikut pengetahuan kita serta keadaan masa itu.