Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 16 Jun 2012

Menilai Tanah – Bahagian 3 daripada 10

Saliran 

Kandungan lembapan dalam tanah kadang-kadang berubah mengikut masa. Misalnya ada tanah yang menakung air ketika musim tengkujuh tetapi mempunyai saliran yang elok ketika musim kering atau hujan sedikit-sedikit. 

Untuk mempastikan tanah mempunyai saliran yang elok, perhatikan di musim tengkujuh. Kalau tanah tersebut menakung air, elok dibaiki strukturnya. Satu lagi cara untuk menentukan samada tanah mempunyai saliran yang baik ialah dengan memerhatikan jenis tumbuhan yang tumbuh di atasnya. Kalau terdapat rumpai yang lazimnya tumbuh dalam paya, tanah tersebut mempunyai saliran yang kurang elok. 

Tanah yang mempunyai saliran yang kurang elok lazimnya berwarna kelabu kebiruan. Apabila dipecahkan, ia mengeluarkan bau seperti telur tembelang tetapi tidaklah sekuat bau telur tembelang. Ini tanda berlakunya aktiviti anaerobik atau tanpa oksigen. 

Cara Menguji Saliran Tanah

Gunakan tin sardin saiz besar (4 oz). Buangkan penutup atas dan bawah. Benamkan tin kira-kira 4 inci (10 cm) di dalam tanah yang ingin diuji dan tuangkan air hingga penuh. Tunggu sehingga 1 jam kemudian perhatikan. Jika paras air turun kurang dari 2 inci (5 cm), saliran tanah tersebut kurang elok. Jika paras air turun melebihi 5 inci (12.5 cm), tanah kurang upaya menyimpan air. Ia juga kurang elok. 

Menguji saliran tanah.

6 ulasan:

  1. terimakasih maklumat ini Tuan, cara menguji saliran menggunakan tin ini..akan dipraktikkan dgn anak murid, tentu mereka sangat seronok.Ribuan terimakasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun dah lama tak mengajar dalam kelas. Hanya menyampaikan ilmu melalui buku teks. Kadang2 rindu juga riuh rendah murid sekolah.

      Padam
  2. jika permukaan tanah ditumbuhi lumut nipis pada musim hujan...adakah saliran tanah tidak elok?

    BalasPadam
  3. kalu tanah sentiasa lembap elok ke tidak untuk tanaman?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau saliran OK tak mengapa, kalau tidak terdapat risiko tinggi jangkitan kulat.

      Padam