Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 14 Jun 2012

Menilai Tanah – Bahagian 1 daripada 10


Artikel ini boleh dirujuk jika ingin bertanam di tepi rumah, secara hobi.  Ia bukan bertujuan untuk pekebun profesional.  Tujuan artikel ini ditulis adalah sebagai panduan kepada rakan-rakan yang ingin bertanam di halaman rumah, di atas tanah, tentang keistimewaan serta kelemahan tanah di halaman rumah rakan-rakan.  Dengan kefahaman tersebut saya harap rakan-rakan dapat membaiki struktur tanah (jika perlu) supaya dapat bertanam dengan subur.

Kedalaman Tanah

Bila sebut kedalaman tanah, apa yang dimaksudkan adalah kedalaman tanah lapisan atas atau topsoil.  Anda boleh gunakan cok betul atau cangkul untuk menggali, kemudian perhatikan lapisan tanah.  Tentukan ketebalan atau kedalaman lapisan topsoil. Kebanyakan tanaman sayaur memerlukan lapisan tanah yang dalam iaitu kira-kira 15cm atau 6 inci.  Lazimnya jika tinggal di kawasan perumahan, tanah tidak mengandungi topsoil dan dipenuhi dengan batu atau sisa bahan binaan.  Jangan gusar, masalah ini dapat diselesaikan dengan membuat batas raise bed.
 
Bersambung...

Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

10 ulasan:

  1. sgt menarik..sbb memang tanah dpn rumah lynn byk kerikil dan simen, tapi bhg belakang soil warna hitam & byk rumput tumbuh celah simen.. semlm ketuk simen slow2, bhg bwh tanahnya basah dan byk cacing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu tandanya tanah belakang sangat subur. Dalam siri artikel ini, saya akan letakkan juga warna tanah serta keadaan tanah tersebut untuk dijadikan panduan.

      Padam
  2. Wah! Bestnya lynn...

    Artikel berguna utk saya nie.

    tanah di kawasan rumah saya tanah merah yg penuh dgn rumput berubi akarnya. Skrg ni berdikit2 saya gemburkan sambil cuba bersihkan sebaik mungkin tanah itu dr sebarang rumput. So buat masa ni bila dah bersihkan, saya 'tanam' tinja kambing dulu. Bila nak menanam saya gaul tanah asal dgn tanah baja atau yg seumpamanya utk jadikan dia sedikit gembur dan mudah serap air walau pada musim panas & kering

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tanah merah tandanya kaya dengan zat besi dan oksigen. Ia juga menandakan tanah tersebut kering. Hah kena tunggu artikel lengkap. Petua tentang warna tanah diletakkan dalam artikel 10 dari 10.

      Padam
    2. Alhamdulillah... bakal dapat ilmu baru lagi nanti... terima kasih tuan!

      Padam
  3. Menariknya, saya tunggu siri seterusnya. Tanah saya pun berwarna merah-kuning, penuh batu-batu. Atasnya ada 2cm tanah hitam yang diletakkan sewaktu mula masuk rumah dahulu (masa tu ingat nak tanam rumput sahaja, tak minat bercucuk tanam ketika itu). Saya gaulkan dengan tanah coklat gelap yang dibeli di nurseri, tanah bukit agaknya. Sekali-sekala ada terjumpa cacing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang berwarna hitam tandanya tanah kaya dengan organik. Kuning tandanya tanah mendapat udara yang cukup.

      Padam
    2. Tengok tu, warna tanah pun menyingkap seribu misteri. Selepas selesai siri artikel ini diharapkan ia tidak menjadi misteri lagi.

      Padam
  4. tuan..rmh sya bhampiran dgn ladang kelapa sawit yg bbukit yg mana tnahnye bwarna merah khitaman..adakah tanah itu elok utk tanaman sayur...

    BalasPadam