Kalau kita bertanam pokok bunga,
pokok buah atau pokok sayur buah, saat yang paling seronok adalah apabila pokok
menghasilkan putik bunga. Jika putik
bunga tersebut gugur sebelum mekar, rasa amat mengecewakan. Jangan gusar, kita boleh atasi masalah tersebut
jika faham apakah punca putik bunga luruh sebelum mekar.
Jika setelah diperiksa putik
bunga yang gugur dan didapati tiada makhluk perosak di dalamnya, kemungkinan
besar putik bunga gugur kerana pokok gagal menyerap nutrien. Berikut adalah petua untuk mengenalpasti
nutien yang gagal diserap oleh pokok hinggakan putik bunga gugur sebelum mekar.
Jika pertumbuhan pokok terbantut,
daun bergulung dan hujung daun tersebut seperti terbakar, putik bunga gugur,
ini tanda kurang Kalsium.
Jika pucuk daun pucat dan erot,
putik bunga mati. Batang pendek serta
merekah, daun rapuh dan erot, ini tanda kekurangan Boron.
Jika daun muda layu dengan hujung
seperti terbakar. Daun tidak pucat,
tetapi putik bunga layu. Pertumbuhan
pokok pula perlahan. Ini tanda
kekurangan Kuprum.
Daun berwarna hijau tua, di
permukaan bawah daun berwarna ungu.
Batang halus serta pertumbuhan pokokmyang perlahan. Buah yang terhasil tidak lekat. Putik buah gugur tetapi daun kelihatan
elok. Ini tanda kekurangan fosforus.
Untuk rujukan selanjutnya, ikuti
posting
Pautan Benih Untuk Dijual
terimakasih maklumat ini..semoga segala usaha Allah berkati.Amin
BalasPadamSama sama. Terima kssih Puteri Purnama krn doakan utk saya. :)
Padamassalamualaikum, encik, macam mana nak atasi kekurangan kumprum dan baja jenis apa yg saya kene gunakan ?
BalasPadam