Sabtu lepas saya berkesempatan jenguk ruang betanam sahabat berkebun di Pekan Swemenyih. Ruang sekangkang kera di antara bangunan kedai dibahagi-bahagikan untuk dijadikan ruang aktiviti bertanam terutamanya setiap pagi Ahad.
Kebanyakan daripada ruang digunakan untuk bertanam sayur serta herba untuk ubat. Apabila saya tanya ubat apa? Jawapannya ringkas.
"Ubat kanser." Jawab sahabat saya.
"Awak ada kanser ker?" tanya saya kerana terkejut, sebab semua herba yang pelik-pelik untuk ubati kanser.
"Tak der. Orang bagi, saya tanamlah," jawab sahabat saya selamba.
 |
Pokok kari merimbun. |
 |
Longgokan daun yang telah dikerat dihimpun dan dibiar terurai untuk dijadikan kompos. |
 |
Pokok Pandan. |
 |
Pokok Terung, Aloe vera, Jagung Manis dan Pandan. |
 |
Semaian Sawi yang baru dialih. |
 |
Patch jiran sahabat saya milik seorang warga emas. Dia tanam keledek. Setiap hari minggu daun dikerat dan dihantar ke pasar. |
 |
Pokok Roselle berxcabang dan berdaun lebat. Tapi buahnya jarang. Hairan... |
 |
Pokok Betik. |
 |
Pokok herba Selasih. |
Pokok roselle tu adakah kerana ia merimbun menyebabkan pengeluaran buahnya jadi jarang?
BalasPadamMungkin juga. Mungkin juga variety yang digunakan kurang buah, sebab sebelum ini saya perhatikan pokok yang ditanam oleh sahabat saya ni juga kurang buah, tetapi daunnya amat lebat.
Padamkalau tak silap saya, roselle ada 2 jenis, satu yg biasa kita tanam untuk buah, satu lagi banyak kaum india tanam untuk makan pucuknya.. jenis yg makan pucuk tu daunnya agak kurus dan kecil, pokok pula memang rimbun..
Padamdaun keledek yg sudah dikerat di buat apa yer?
BalasPadamSayur daun keledek enak. Ada rssa manis manis lemak. Kalau goreng dengan bawang putih... Habis rosak program diet kawan2. Mssak lemak pun sedap.
Padamsemua jenis keledek boleh makan pucuknya ke tuan is.. keledek di sekolah saya daun jenis besar, pucuknya mcm keras je, ada keledek yg saya tgk daunnya bercabang mcm roselle/ubi kayu..
PadamSaya belum pernah jumpa jenis yg keras. Jenis yg saya jumpa dua, btg hijau dan ungu. Dua dua boleh dibuat saya.
Padampucuk keledek tumis air campur lagi dgn keledek pun sedap... ;p
Padammak saya pula suka goreng begitu shj... mcm goreng kangkung... ;p
hahaha... bab makan... apa pun sedap...
Bagi saya pucuk keledek lagi sedap. Kita ni ayik ercakap pasal makan jer, silap2 berat badang bertambah selari dengan bilangan posting. :)
Padamhehehe... saya on diet sekarang... sanggup makan sup sawi dgn fishball tanpa nasi... atau pun sup petola dgn suhun... atau sup sayur campur-campur apa yg ada...
Padamjanji sup tanpa nasi... kalau nak sangat ambil nasi satu senduk penuh masa lunch shj...
mmg kdg-kdg rasa tak puas... tapi dlm seminggu 2 hari saya 'raya' makan nasi... apa-apa jenis nasi la...
bukan pasal jaga badan... tapi jaga kesihatan... badan klu lebih berat nanti senang dpt sakit walaupun kita makan sayur organik yg kita tanam sendiri...
happy gardening & take care of our health...
bagaimana caranya nak dapatkan aloe vera yg besar mcm tu. kebanyakan saya tgk kaum cina tanam jadi besar mcm dalam gambar tu walaupun dalam pasu..
BalasPadamItu memang variety besar.
Padam