Nampaknya serangan makhluk perosak juga bermusim mengikut spesies. Kali ini giliran serangga dari keluarga milkweed bug. Serangga dari keluarga ini datangnya dalam berbagai warna, kebiasaannya hitam atau kelabu tua. Tapi ada satu spesies yang mempunyai warna yang menarik, iaitu merah terang. Serangga ini kalau ketika saya kanak-kanak dulu dikenali sebagai "Anak Dara Cina," mungkin sebab serangga ini mempunyai warna merah terang. Walaupun kelihatan seperti tidak memudaratkan, serangga ini menghicap cairan daripada batang pokok. Pokok yang terkena serangan akan mati dengan perlahan. Nampaknya kena cipta rumusan baru untuk musnahkan makluk perosak saiz sederhana. Semburan larutan pencuci dan minyak masak pasti tidak akan mampu memusnahkan makhluk perosak ini.
![]() |
Dysdercus cingilatus, atau nama panggilan ketika saya kanak-kanak dulu, "Anak Dara Cina" menyerang dalam kumpulan. |
nampak sama mcm kesing..lepas saya sembur kesing dgn larutan yg saya buat..badan2 diorg sume jadi merah..mcm terbakar..larutan yg saya buat tu saya beli rokok dalam 4 batang pastu ramas2 dalam air suam..campur dgn sabun..keesokannya diorg x de kat pokok cili tu..diorg pergi kat pokok terung pulak..tp nmpk mcm lemah je..
BalasPadamKalau guna air tembakau, pastikan jangan terkena buah. Kalau ikutkan panduan dari bacaan yang saya buat, kalau sembur pada sayur daun, sayur tersebut hanya selamat dimakan selepas 2 bulan disembur.
PadamTapi arwah datuk saudara saya memang guna air tembakau untuk bunuh makhluk perosak. Dia makan aja sayur hasil semburan. Bila saya tanya, ok ker buat gitu. Dia jawab,
Padam"Asap benda ni tok ki hisap, ini kan pulak bekas-bekas air dia."
Tuan,
Padambahaya tembakau dr bacaan tuan itu merujuk tembakau yg mcm mana tu ye? Jika tidak silap saya, tembakau dlm rokok yg dalam pack tu mmg diketahui mempunyai pelbagai racun. Saya rasa tembakau mentah 'bersih' (at least kurang beracun) berbanding tembakau dalam rokok pack. Mungkin juga pandangan saya salah
Sama sahaja sebab daun tembakau disembur pelbagai racun. Ketika belajar dulu saya ada ambil kursus sejarah awal ketika penjajahan Amerika Utara. Tembakau digunakan oleh kaum asli di sana dalam pelbagai ritual. Daun tembakau dilumatkan dan disumbat ke dalam laluan bawah (ya, liang bawah belakang) untuk mendapatkan kesan (nikotin) yang segera.
PadamKetika kedatangan kaum penjajah, orang asli berkulit merah di sana telah tawarkan tembakau tapi cara pengambilannya berbeza pula iaitu dengan menghisap rokok iaitu tembakau kering yang digulung dalam daun jagung.
Satu perkara yuang menarik perhatian saya adalah teks arkib yang pernah saya baca dari perpustakaan di muzium Albany New York, iaitu dari diari tentera yang diterjemah dari bahasa Crow. Petikan dari ketua kampung kaum Crow. Seingat saya, petikan tersebut lebih kurangnya seperti ini.
"Orang putih bawa bala kepada kaumku dengan membawa penyakit baru, jadi aku berikan bala juga kepada kaum mereka. Tembakau yang mereka bawa pulang ke benua mereka akan membunuh mereka cara perlahan sebagaimana mereka membawa penyakit dan membunuh kaum ku."
Sama-sama lah kita renungkan.
Kes balas dendam la ni ya? Hmm kalau ikutkan tembakau sama bahaya dengan dadah-dadah asal tumbuhan lain (ganja misalnya), tapi kenapa amaran je. Tak diharamkan. Musykil.
BalasPadamBab rokok ni kaum hawa lagi bijak. Saya ingat masa kecil-kecil, kaum hawa pun heavy smoker. Saya tanya mengapa makcik-makcik merokok tapi perempuan belum kawin tak merokok? Dia jawab, ko budak-budak apa tahu? Maksud tersirat, merokok membuatkan dia rasa seksi larr tu.
PadamTapi bila mereka tahu rokok membahayakan kesihatan, kaum hawa mudah aja quit. Kaum adam pula tough sikit... Mungkin ada kaitan dengan ke"macho"an.
Bab halal haram, saya tanya ustaz saya. Dia jawab haram. Dia gunakan ayat yang mengharamkan kita melakukan sesuatu yang memudaratkan. Yang hampehnya, ustaz yang sama, lepas mengajar gi belakang bangunan, macam serombong kapal. Maaf ya ustaz. Bukan ngata ustaz, hanya berseloroh.
betul tu..saya adjust spray bottle supaya jadi jet..terus sembur direct pada perosak tu..terpelanting diorg..kalu ayah saya..dia kutip ..campakkan ke tanah dan pijak2 diorg..tapi jenuh la nak kutip
BalasPadamSebenarnya tembakau pun suatu idea yang bagus. Satu lagi, boleh gunakan daun durian belanda atau daun nona.
Padamsetakat ni tak pernah nampak makhluk perosak ni.... yang selalu nampak tu kekabuh timun tu je... dan yang paling tak suka larva ladybird.... habis pokok peria dikerjakan....
BalasPadamtapi yang paling ganas... homo sapiens aka manusia.... hehehe yang kecik bahaya sesangat.... boleh habis tanaman dalam masa sekejap je...hari tu ada gak anak2 sepupu duk kerjakan tanaman.... nasib tak musnah banyak....