Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 25 Jun 2012

Kemana Perginya Makluk Perosak Bila Musim Panas Begini

Musim panas seperti sekarang memang mampu menghalau makhluk perosak.  Suhu yang mencecah sehingga 36 darjah celsius sememangkan menyiksakan untuk makluk perosak, misalnya mealy bug atau kutu putih.  Minggu lepas saya perhatikan, anak pokok dahlia menunjukkan tanda-tanda serangan mealy buh malangnya bila dicari, makhluk perosak tidak kelihatan.  
Saya telah cabut anak pokok untuk memeriksanya.  Rupa-rupanya makhluk perosak mealy bug tidak mengalah.  ia telah masuk ke dalam tanah dan mendapatkan lembapan daripada akar pokok.  Patutlah pokok terbantut.  Beberapa jenis makhluk perosak berlindung daripada terik matahari dengan tinggal di dalam tanah ketika musim panas.  Saya tidak menyangka mealy bug yang berkulit lembut juga berlindung di dalam tanah. 

Mealy bug berlindung daripada cahaya matahari yang terik dengan tinggal di dalam tanah.  Ia mendapat lembapan dengan menyerap air daripada akan tanaman.

7 ulasan:

  1. owhhh... patut la anak benih saya yg gebu elok tetiba saje jadi kecut... saya ingatkan sebab panas... ada faktor lain rupanya...
    saya selalu perasan ada semut dibawah pot semaian saya... agaknya dia pun dpt makan mealy bugs dari bawah kot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari pemerhatian saya semalam, semut yang menternak makhluk tersebut. Semut jaga mealy bug, semut dapat cecair daripada mealy bug.

      Padam
    2. semut yg menternak mealy bug? aduhai... nampaknya nak kena kenal segala rantaian makhluk perosak nie...

      Padam
  2. saya tak sangka juga jenis mealy bug boleh survive dalam tanah. adaptasi pada persekitaran ni, semua makhluk berevolusi untuk menyesuaikan diri dengan alam. patut lah penyelidikan takkan pernah habis kan En. Iskandar

    BalasPadam
  3. bagaimana nk hapuskan mealy bugs ni?

    BalasPadam