Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 12 Jun 2012

Gambar Hari Ini -- Tomato Ceri Baka 318

Tomato ceri ini di tanam padat dalam patch bersaiz 2 X 3 kaki. Alhamdulillah semua telah besar dan telah menunjukkan pertumbuhan putik bunga. Nampaknya selepas ini saya perlu suap pokok-pokok tersebut dengan baja yang lebih. Untuk pastikan pokok tidak "terbakar" akibat terlebih baja, saya akan hanya tabur baja organik.Pokok tomato ceri ini adalah dari baka hibrida 318.  Benih dari baka ini telah habis stok.  Yang ada stok sekarang ialah baka 382 yang dikatakan mampu menghasilkan buah yang amat lebat hingga dinamakan "full house."  Saya baru saja 2 hari semai benih tomato tersebut dan telah ada tanda percambahan.

Tomato Ceri telah mula mengeluarkan putik bunga.
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

7 ulasan:

  1. salam tuan is, nak tanya, jangka hayat tomato dan terong ni lama tak? ada tanam tomato pd bulan Feb 12, dah mengeluarkan hasil walaupun tak lebat, alhamdulliah. Saya ada tanam pokok terong juga, tingginya lebih kurang 1 1/2 kaki, berbunga banyak tapi tak lekat buahnya kenapa ya. saya guna tinja ayam adakalanya tinja kambing setiap 2-3 minggu sekali. Tak sabar nak tengok terung berbuah...huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terung tahan lama. Tomato, ikut jenis. kalau jenis merimbun, ia berbuah sekali sahaja. Bila buah ranum pokok akan mula kering dan mati. Kalau baka memanjat tahan lama sedikit. Lazimnya tomato ceri baka merimbun dan buah besar baka memanjat.

      Padam
  2. Ya, saya membeli biji benih tomato ceri dari tuan iskandar, 2 hari saja dah mula menunjukkan percambahan :)
    sekrang menunggu set daun yang ketiga sebelum dialihkan ke pasu yang lebih besar. :)

    BalasPadam
  3. Tomato ceri hibrida 318 dan 382 ni jenis memanjat ke, Tuan?

    BalasPadam
  4. terima kasih dgn info, ciri2 kekurangan kalsium dan kupram memang ada pd pokok terung tu, bagaimana nak menambah kalsium dam kupram tu?. kalau kalsium boleh ke saya gunakan sisa ikan yang dikisar? tomato tu jenis memanjat.. masih berbunga...

    BalasPadam