Labu air tergantung di pagar depan rumah. Pokok boleh jadi pelindung rupaya rumah lebih privasi, dan buah jadi penghias. Buah pun enak dimakan. Saya tinggal di kawasan perumahan berhampiran ladang. Apa masalahnya di tempat sebegini? Makhluk yang baik-baik mati, tempias racun serangga perosak. Jumlah serangga perosak pula tidak berkurang sebab dah jadi kebal dengan racun tersebut. Bunga labu air perlu "kahwin" dulu sebelum menjadi buah. Masalahnya serangga pendebunga tidak muncul ketika ia diperlukan.
Sebenarnya ini bukanlah suatu yang buruk. Rakan-rakan dapat "membantu" dengan mendebunga secara manual. Kalau ada anak-anak yang bersekolah rendah, inilah masanya nak ajar tentang the birds and the bees. Ya, pokok pun boleh diguna untuk dedahkan tentang pembiakan secara seks. Mana tahu dapat membakar minat mereka untuk minat sains.
![]() |
Labu air tergantung di pagar depan rumah. |
banyak ke buah labu air ni,ada berapa biji semua?..labu manis yg saya tanam, yg menjadi 2 biji je.banyak buah, tapi tak dapat didebungakan..bunga jantan tak ada keluar.
BalasPadamSatu batang yg sama ada 5 bunga betina. Saya hanya debungakan satu biji pd stiap batang. Musim kering tak berani simpan lebih dari sebiji. Bimbang kalau terpaksa tinggal lama tanpa disiram, pokok akan mati kering kerana bekalan air yg sedikit terpaksa dihantar ke buah.
Padamohh rumah dekat dengan ladang ya. sama macam saya keliling kawasan taman kebun jagung dengan sayur. tapi masalah serangga la banyak, tapi sejak formula air sabun+minyak+air En. Is, kurang sikit masalah ;)
PadamKawasan macam area kita, kalau bertanam secara organik memang mencabar. Kalau nak pakai racun, baik beli sayur kat pasaraya aja. Banyak perkara perlu dipertimbang.
Padam