Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 15 Jun 2012

Gambar Hari Ini -- Cili Kampung

Cili kampung yang saya semai sebelum ini buahnya tidak pedas langsung, hinggakan ada anak yang buat ulam cicah buah cili tersebut ke dalam sos cili.  Tapi buah dari batch ini lain pula ceritanya.  Bila gigit aja buah ketika dibuat ulam, terus terkelaur

"Alamak, pedasnya!"

Terus capai susu segar untuk hilangkan rasa pedas.

Pokok Cili Kampung

Buah Cili Kampung sedang ranum.  Batch ini pedas!

9 ulasan:

  1. Bagaimana boleh ada yg pedas, ada yg tidak pedas, tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cili kampung, benihnya adalah daripada pendebungaan yang tidak terkawal. Kalau induknya didebungakan secara bebas jadi hasilnya tidak dapat ditentukan. Inilah perbezaan di antara benih baka OP (misalnya cili kampung) dengan baka F1, misalnya (cili kulai king).

      Padam
  2. Owh.. Kalau yang warna ungu pula mcm mana tuan?


    P/s :Lamanya x comment dalam blog tuan ni.. Huhu.. Sibuk dengan tugasan pejabat.. Maklumlah, dateline dah dekat..

    Tuan, saya ada nak kirim benih lagi.. Tapi saya x sempat nak listkan lagi.. Hehe.. Mungkin dalam minggu depan.. InsyaAllah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah kita. Saya sendiri pun tersangkut dengan tugas-tugas penulisan yang tetiba aja menggunung banyaknya. Cari makan, gitulah.

      Padam
  3. salam en.iskandar, minta maaf nk tanya sy baru beli pokok cili yg telah berbuah dan mengalihkan ke dalam pasu besar.sy belum tuai buahnya dan byk yg telah masak.baru nie sy dapati pokok cili semakin kering dan layu walaupun sy siram dgn air yg banyak.(sy pernah baca artikal mengenai penyiraman pokok di dalam pasu dimana kita siram sehingga air terkeluar dibawah pasu)adakah ini disebabkan terlalu byk air atau cuaca yg terlalu panas. dan lg satu pokok bendi sy pun semakin layu walaupun tanah nampak basah je.pokok bendi tak bole siram byk air ke.sedih tengok pokok semakin layu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang pasti sebabnya. Dari bacaan saya, satu dari kemungkinan ialah akar cedera ketika mengalih menyebabkan ia gagal menyerap air. Satu lagi kerana shock berubah tempat secara mengejut. Kalau terlebih air (bertakung) pun boleh menyebabkan pokok mati.
      Selagi air mengalir saya rasa tiada masalah. Yang menjadi masalah ialah bila air bertakung. Mungkin ada punca lain yang menyebabkan pokok mati. Tanah yang digunakan diperolehi dari mana?

      Padam
    2. saya beli tanah di nursery.katanya tanah ni sesuai untuk tanam sayur mugkin akar cedera kot tp pokok bendi sy dah lama sy alih dalam pasu sejak kecik lg bila dah nk berbuah bru dia nampak layu.mula-mula daun paling bawah jd kuning pastu anah-anak buah yg baru nk keluar pun jd kuning.mula-mula sy ingat sebab panas sgt sy tukar tempat teduh tp nampak mcm takde harapan je...

      Padam
    3. Satu lagi kemungkinan ialah tanah mengandungi larva kekabuh iaitu ulat kekek. Ulat ini gemar makan akar yang lembut.

      Padam
    4. kadang2 ada juga ulat yg suka korek batang bendi tu.... pokok bendi saya sama je... tapi masih kuat lagi, pucuk2 baru tumbuh dibahagian bawah....

      Padam