Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 4 Jun 2012

Gambar Hari Ini -- Semain Daun Sup, Chinese Celery

Semaian daun sup nempaknya telah lama sedia untuk dialih.  Akhie-akhir ini sibuk sedikit dengan tugas seharian, semaian lambat dialih.  Walau apa pun semaian kelihatan masih ok, insyaAllah akan dialih ke patch belakang rumah.

Daun sup

25 ulasan:

  1. menjadi je daun sup tu.
    saya tanam asik tak menjadi je, mungkin cuaca panas sangat kot.

    kena cuba lagi ni..

    BalasPadam
  2. sama la..letak dalam semaian..x tumbuh2..dah 2 minggu..mcm tu jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya semai, tanda cambahan kelihatan selepas 3 hari. Cambahan kelihatan jelas pada hari ke 5 dan kelihatan kukuh 2 hari kemudian. Jadi kira seminggulah. Semaian ini berumur 3 minggu.

      Padam
  3. Nampaknya lepas ni nak kena semai celery pula lah selepas cuba minum jus apple+celery

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gabungan yang ngam tu. Bau benih celery pun dah menyelerakan. Tapi benih tak boleh makan, pembekal dah letak ubat thiram.

      Padam
    2. saya rasa jus apple+celery yg saya minum merupakan campuran buah dan daun yg dikisar (blend) menjadi minuman, seperti saya pernah buat utk daun pegaga :)

      Padam
    3. jus pegaga memang agak biasa, minum yg pure atau yg dah dicampur sedikit air gula. jus apple + celery baru-baru cuba buat pertama kali tapi rasanya mcm nak lagi :D

      Padam
  4. saya baru semai hari ni... dia tak boleh panas ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya semai di tempat teduh. Ketika membesar dalam patch terdedah pada panas terik. Bagaimanapun jika hari terlalu panas, seperti musim sekarang, saya lindungi tanaman dengan sungkup plastik, biar redup sedikit ketika tengahari.

      Padam
  5. comelnya semaian sup en.iskansar tuuu..

    BalasPadam
  6. Tuan,

    Medium tu guna tanah campuran organik yang biasa terdapat di nursery atau guna medium peatmoss?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya guna tanah organik. Biasanya ada dijual di nurseri.

      Padam
    2. Jangan guna tanah hitam yang dijual di pasaraya, kerana tanah tersebut pH tinggi.

      Padam
    3. Ooo.. Hari tu ada beli juga.. Patutlah tanam pokok x berapa nak menjadi..

      Padam
    4. oo patutla pokok sy bantut je...kena tukar tanah nampakny...

      Padam
    5. Mama Melur, dulu pun saya guna tanah tersebut yang dibeli dari pasaraya. Tanah tersebut hanya sesuai untuk pokok yang dah besar dan kukuh.

      Padam
  7. Saya tanam jarang nak tahan lama,sekali guna pastu kering... harap sudi berkongsi ilmu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semasa pokok kecil pastikan tanah tidak kering. Saya guna kaedah rendam bekas semaian dalam dulang berisi air untuk pastikan tanah (medium) sentiasa lembap.

      Padam
    2. Saya bercadang nak cuba tanam dlm botol yg diubahsuai mcm dlm posting En Is sblm ni ;)
      Kaedah ini menjadikan tanah kekal dpt bekalan air

      Padam
  8. Abg Is..saya nak tanya pasal aromatic lettuce..bagaimanakah cara untuk menanamnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti saya post ke blog. Kena catat dulu sebab dah banyak posting tertunggak.

      Padam