Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 25 Jun 2012

Buat Sendiri Bekas Titis Menggunakan Botol Air Mineral

Untuk pastikan tanah dalam bekas tanaman tidak kekeringan, anda boleh bina sistem titis yang ringkas menggunakan botol mineral.  Saiz botol boleh dipilih mengikut saiz bekas tanaman.

Alatan dan bahan
1. Guntung dapur
2. Penebuk atau paku dan tukul

Cara
1. Denagn menggunakan gunting dapur, guntung bahagian bawah botol supaya botol terdedah.  Ini memudahkan anda menuang air ke dalam botol.



Gunting bahagian bawah botol.



2.  Tanggalkan tudung botol.
3. Tebuk lubang menggunakan penebuk atau paku dan tukul.
4. Pasangkan kembali penutup botol ke botol tersebut.

Tebuk lubang pada penutup botol.


5. Ideanya begini, apabila anda tuang air ke dalam botol, air akan menitis keluar. Jumlah air yang menitis bergantung pada saiz lubang serta jumlah lubang.  Cuba dengan satu lubang dahulu, jika air yang menitis terlalu perlahan, tambah lubang pada penutup.

Apabila air diisi ke dalam botol, air akan menitis keluar.

6.  Benamkan bahagian tudung botong ke dalam tanah di dalam bekas tanaman.  Anda mungkin perlu ikat bekas ke pancang untuk memastikan kedudukan bekas kukuh.

7.  Siram air ke dalam bekas seperti biasa.  Kemudian siram air ke dalam bekas titis sehingga penuh.


Pemasangan titis air yang ringkas yang telah siap.


9 ulasan:

  1. saya tak buat botol titis, tapi botol penyiram guna kaedah yang lebih kurang macam encik ajar ni.. mungkin kena buat juga kalau pergi bercuti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ini perlu refill setiap hari. Kalau nak tinggal lama berbeza sedikit.

      Padam
  2. menarik idea ni, terima kasih Tuan.

    Ada kesan kurang baik tak jika terjadinya aliran air yg mgkn melebihi kadar diperlukan pokok jika mengikut siraman biasa?

    Saya nampak kaedah ini amat sesuai pada musim panas spt skrg dan dirumah tiada org untuk bantu siram terutama pada waktu tgh hari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Utk cuaca sekarang tiada masalah sebab air akan menitis keluar ganti air yg tersejat. Ia tak akan menakung air.

      Padam
  3. Idea bijak! Terima kasih tuan! kebetulan kat rumah lynn botol air ni terlalu byk sampai x tau nak buat apa.. ni gara2 dpt air free dari Permanis dan Yeos.. saya pasti akan cuba.

    BalasPadam
  4. untuk tinggalkan tanaman yg lebih dari seminggu bagaimana pula?

    BalasPadam
  5. ow cmtu ke caranya,selama ni kalo balik kampong saya guna plastik je isi air n tebuk guna jarum.huhu...nanti en.is tunjuk teknik utk tanaman yang lebih dari seminggu lak ye ...tq en.is

    BalasPadam
  6. Cara macam tu pun ok juga. Yang penting pokok tak mati kekeringan.

    BalasPadam