Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 15 Jun 2012

Blog Walking -- Coretan Budak Kampung (Baguznet.com)

Satu lagi blog hobi bertanam yang saya sering singgah adalah blog Coretan Budak Kampung milik Abdul Rahman.  Blog tersebut padat dengan maklumat bertanam secara hobi dan susunannya kemas serta gambar di dalam blog tersebut juga kemas. Saya sering singgah ke blog tersebut.  Ia menarik dan berbaloi jika singgah untuk mencetuskan idea baru tentang kaedah bertanam.  Blog tersebut boleh dicapai melalui


Laman blog baguznet.com
 
 

8 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. saya berminat dgn pokok bunga matahari yang "coretan budak kampung" bincangkan..tapi kenapa pokoknya kelihatan kurus?adakah ditanam dgn benih matahari yg biasa ditanam?saya sebelum ni beli benih bunga matahari brand TRIO..tgk kecik je benihnya..lepas saya pindahkan anak pokok ke atas tanah..dalam 2 minggu besar sungguh..adakah kerana bakanya?sebab yg saya tanam tu ada jugak yg kurus..ada jugak yg besar..tapi dari kelompok benih yang sama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin ada faktor lain, saya kurang pasti sebab benih dari batch yang sama yang disemai oleh Puteri Purnama menghasilkan bunga yang besar.

      http://dalamlingkaranini.blogspot.com/2012/06/seindah-wajah.html

      Padam
    2. Tapi kalau ikutkan pembekal pun, bunga ini bersaiz sederhana sahaja.

      Padam
    3. rasanya apa yang abg cakap tu betul..sebelum saya alih ke tanah..tanah tu saya gemburkan dulu dgn pasir baja hitam dan baja hijau..digaul sekali dan siram..pastu tanam..

      Padam
    4. bunga matahari kalau nak besar kena bagi banyak baja atau nutrien...melainkan kalau baka memang kecil la....

      saya ada tanam 3 pokok, 2 atas tanah, satu dalam polibeg, yang atas tanah tu besarnya lebih daripada tapak tangan... daunnya pun lebar. yang dalam polibeg tu, kecil je....

      Padam
  3. Owh, terima kasih atas lawatan tuan... ada sedikit pembetulan untuk domain name saya: www.baguznet.com

    keadaan pokok bunga matahari yg saya tanam mungkin ada kesan kesuburan tanah kerana tanah itu tidak sempat saya nak baikpulih kualitinya sblm pemindahan dibuat.

    Saya masih dalam proses membersihkan tanah dari ancaman rumput dan membaikpulih tanah, bak kata pengeluar tanah PeatGro - "menghidupkan kembali tanah mati" :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teruskan usaha anda..Insya Allah..saya akan selalu cuba menjenguk blog saudara ntuk dapatkan info terbaru..

      Padam