Semalam terima satu lagi benih, kali ni tertumpu pada benih bunga. Benih tersebut akan diuji untuk pastikan bernas. Untuk benih yang kuanntiti sedikit saya akan buat benih dulu. Sasarannya sebelum ramadan. Antara benih yang dimaksudkan,
Sunflower, Orange Double
Rupanya seperti Sunflower Teddy Bear yang mempunyai "fur" yang padat. Yang ini lapisan tersebut hingga 2 lapis. Ketinggian 6 hingga 8 kaki.
Gaillardia Dazzler
Bunga ini seperti bunga matahari kecil. Bahagian luar kelopak berwarna kuning, bahagian dalam berwarna merah. Cantik.
Andean Herbaceous
Pokok herba berbunga pink berasal dari Andes. Saiz pokok dari 6 in hingga 3 kaki. Cantik.
Sunflower, Valentine
Kelopak bunga berwarna kuning dengan bahagian tengah berwarna gelap. Cantik. Saiz pokok antara 5 hingga 5 kaki.
Bunga Dinding dari jenis Crucifera
Bunga kecil berwarna merah dan kuning. Saiz pokok 9 hingga 15 inci.
Francoa "Pink Giant"
Pokok menghasilkan tangkai sejambak bunga werwarna merah jambu. Cantik. Tinggi 2 hingga 3 kaki.
![]() |
Francoa "Pink Giant". Sumber foto: Pembekal benih.
|
Campanula poscharskyana
Pokok herba kecil dengan bunga berbentuk bintang berwarna ungu. Saiz pokok 4 hingga 6 inci.
![]() |
Campanula poscharskyana. Sumber foto: Pembekal benih. |
Anemone leveillei
Pokok bunga ini menghasilkan bunga dengan lima kelopak bujur berwarna putih keunguan. Saiz pokok 18 inci.
![]() |
Anemone leveillei. Sumber foto: Pembekal benih. |
Lavatera Silvercup
Bunga merah jambu dengan pokok renek setinggi 18 hingga 24 inci.
![]() |
Bunga Lavatera Silvercup. Sumber foto: Pembekal benih. |
Ipomoea "carnevale di venezia"
Pokok kangkung bunga dengan bunga berjalur merah putih dan biru putih. Bunga yang sangat cantik.
![]() |
Pokok Kangkung Bunga, Sumber Foto: Pembekal Benih |
Bayam Ekor Kuda
Bayam ini ditanam untuk jambak benihnya yang panjang 36 hingga 48 inci. Pokok ini ditanam sebagai pokok hiasan. Cantik.
![]() |
Bayam Ekor Kuda, Sumber foto: Pembekal benih. |
Cantik cantik semuanya. Saya akan announce bila benih available. Oleh kerana ini benih luar dan saya kurang pasti ia akan menjadi di sini. Ia tidak boleh dipesan awal. Saya akan warwarkan bila available. Oleh kerana jumlah benih terhad, bila diwarwarkan, siapa pesan dulu dia dapat.
nanti tolong simpankan bunga matahari tu tuan is... untuk dua dua jenis....
BalasPadamKena tunggu saya biakkan dulu. :)
PadamEn. Is saya dah emelkan order benih dan payment. yang bunga ni pulak akan menyusul kemudian tak sabar rasanya ni ;)
BalasPadamSalam,
BalasPadamCampanula poscharskyana ni pokok herba? Apa kegunaan herba ini tuan?
Daunnya dimakan sebagai salad dan ulam. Pokok ni tak tahan cahaya tengahari. Perlu diletak di tempat yang teduh. Pokok berasal dari banjaran Alps di Serbia. Juga dikenali sebagai bunga loceng serbia.
Padamcantik2 bunga ni.saya nak kangkung bunga ni..nak bagi menjalar, utk rimbunkan kolam hias tu.
BalasPadamSaya perlu semai dulu untuk biakkan. Benih yang diperolehi sedikit sahaja. Benih dari Russia.
Padamabg..ada tak tips untuk penjaggan pokok bunga ros?betul ke kalau bagi baja perut ikan boleh subur?
BalasPadamPenjagaan pokok bunga tidak serumit tanaman sayur. Kalau pokok bunga ros pastikan dipangkas selalu. Kalau baja ikan pun ok. Tak perlu dibaja sekerap tanaman sayur.
Padamabg is.. kalau dah ada benih nanti inform saya ya.. saya pun nak..
BalasPadamBenih dah ada dlm stok, cuma menunggu kami uji utk pastikan ia bernas.
Padamsaya mau yg purple nanti. klu dah uji inform ya. tq
BalasPadamOk.
PadamDah available ke encik Iskandar semua ni?
BalasPadamBelum, saya dah semai semuanya. Kalau menjadi, baru berani jual.
Padamslm,en,is benih tu dah available ke?
BalasPadamBenih belum berjaya dihasilkan. Bila dapat nanti akan diwarwarkan.
Padamthanks very much
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam