Boleh Ker Bela Hidupan Liar Dalam Kurungan?
Wah bila soalan ni diajukan macam rasa bersalah lah
pulak. Jawapannya begini, memanglah cacing tanah lebih bahagia tinggal di luar
sana. Ia bebas memilih tempat
makan. Kalau dalam tong bawah singki,
kebebasan terhad. Apa nak dirisaukan,
kita bagi makan, bagi lembapan dan jauh dari terik matahari? Cacing mana tak mau, tong tersebut bagaikan syurga
cacing tanah! Seperti kata syarikat yang jual
makanan yang mampu membunuh secara perlahan berkata, “It is to die for.”
Ok ok, cacing tanah suka tak tinggal dalam tong cacing bawah
singki. Susah nak kata cacing tanah suka atau tidak, sebab cacing
tanah ada banyak jenis. Petuanya begini,
kalau cacing tanah tak suka dengan kandungan medium dalam tong cacing,
malam-malam ia akan merayap keluar dari tanah dan cuba membebaskan diri. Jika ini berlaku, ubah suai sikit, mungkin
tambah tanah atau cebisan kertas. Sebab
kalau tanah terlalu basah, cacing tidak gemarkannya. Kalau kita tambah tanah kering, peratus
lembapan berbanding kuantiti medium akan berkurang.
 |
Jika medium (campuran tanah) tak sesuai, cacing akan keluar dan merayap pada dinding tong. |
Kalau cacing suka, ia akan makan, membiak, makan, membiak,
makan, membiak.... Begitulah seterusnya.
Macam saya nyatakan dulu... Cacing
hermaphrodite, atau khunsa kata ustaz
saya. Seekor cacing ada dua-dua
alat. Ia memang cari pasangan untuk membiak. Tapi engkau bagi aku, aku bagi engkau. Kita sama sama bertelur (sebenranya kepompong),
kita sama-sama happy.
 |
Jika medium sesuai atau serasi, cacing tanah akan makan dengan banyak dan membiak dengan cepat. Ia juga akan menghasilkan banyak vermicompost. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan