Nak Letak Apa Sebagai Makanan
Cacing?
Nah sekarang tong berisi cacing tanah dah tersedia. Nak letak apa sebagai makanan di dalam tong tersebut? Ada yang kata letak tinja lembu, ada yang
kata letak tinja kambing... Ish ish
ish..... Kena lah tengok objektif asal kita bela cacing tanah tersebut. Objektif kita, nak tukarkan sisa dapur
menjadi baja bermutu tinggi.
"Tinja lembu sisa dapur ker?"
"Aiii sanggup ker letak tinja lembu dalam tong bawah singki kat dapur?"
Ok, jadi jawapannya jelas.
Kita hanya letak sisa dapur sebagai makanan cacing. Sisa dapur
pun ada pelbagai. Kita tak nak tarik
perhatian lalat. Kita tak nak tong
cacing penuh dengan ulat larva lalat.
Berikut adalah petuanya.
Boleh letakkan sisa sayuran yang belum dimasak. Kalau yang di masak, hanya sisa nasi dan ubi
(yang telah direbus) sahaja. Sisa
buah-buahan pun boleh.
Jangan letak sisa ikan atau daging kerana ini akan menarik
perhatian lalat. Jangan letak sayur yang
telah digoreng. Jangan letak bahan yang
berminyak. Kalau letak sisa buah-buahan,
jangan letak sisa oren atau limau nipis kerana bahan tersebut terlalu berasid.
Di mana nak letak bahan makanan cacing?
Kebanyakan cacing tanah adalah dari jenis yang makan
dipermukaan. Jadi boleh letak sisa dapur
di lapisan atas.
![]() |
Sisa makanan ditabur di lapisan atas. |
saya follow setiap entri pasal bela cacing ni. Nak faham betul-betul.. Lepas tu nak cuba..
BalasPadamsaya pun sama Nudabuffy. vermicompost ni banyak nutrient dan senang diserap pokok. sama-sama kita tunggu :)
PadamInsyaAllah satya akan lengkapkan dengan segera. Saya kurang puas hati dengan posting ini sebab tiada foto. Koleksi foto yang saya simpan dah habis bersama cakera liat mudahalih yang rosak. Kaedah salin sandar yang tidak efisien. :(
PadamKaedah yang saya letakkan ini adalah dari pengalaman sendiri membela cacing untuk kitar semula sisa dapur. Pokok yang terhasil tumbuh hingga 3 kali lebih besar dari menggunakan baja biasa, 2 kali lebih besar daripada guna baja kompos. Vermicompost is the best.
tong saya dah umur 2 bulan. so far kat dalam tong tu saya tengok semua dah berubah jadi hitam. dah macam teh kompos je saya tengok mungkin kerana terlebih siram air.
PadamPastikan air tidak bertakung tapi jangan kering. Cacing tanah perlukan lembapan.
Padamcacing oh cacing...
BalasPadamsetakat ni cacing-cacing yg saya jumpa semasa buat operasi pembersihan tanah semua bersaiz kecil, sekecil lidi penyapu sahaja berbanding di tempat lain. Kenapa ye, jenis tanah ke Tuan?
kalau cangkul tanah nampak cacing saya boleh lagi, tapi suruh bela.....saya minta maaf banyak3.... mat jon. Nudabufy dan wani sc, saya beri sokongan..
BalasPadamKalau gitu tak boleh lah bela cacing. Nanti boleh mintya sikit baja vermicompost dari Mat Jon, Nudabufy dan Wani SC. Saya ingat lagi masa bela cacing dulu, bagi kat kawan untuk dia semai pokok. Pokok naik merimbun, dia datang denagn baldi nak mintak banyak. Saya bela sikit-sikit aja. Tak dapat bagi banyak.
Padamkak rohima, saya pun tengah cuba nak bina kekuatan dalaman ni. hahahaha. akan cari cara nak elak terserempak dengan cacing-cacing tu masa handle tong compost. kihkih.
Padamsaya tengah semangat nak tambah bilangan cacing sedia ada sebab sisa dapur saya biasanya banyak juga. balik kampung nak mencangkul lagi. cangkul pon cangkul lah!
bagus wani sc, akak sokong dari jauh...
Padamkena cari bekaslah jawabnya ni.... rasanya bahan buangan banyak....
BalasPadambaru tengok bekas kompos(rumput rampai campak je dalam kotak kayu) kebanyakkan dah terurai... jadi sikit je..
setiap bulan rumput sekitar rumah dipotong (ketam) banyaklah juga, kalau nak buat macam zicron21ck buat tu kena bubuh cacing ke....kalau kita bubuh kat pangkal pokok boleh ke, tuan is
BalasPadamElok dijadikan kompos dulu. Kalau terus di letak di pangkal pokok tanpa dijadikan kompos, potongan rumpai tersebut mungkin akan tumbuh (dari benih yang terlekat).
Padamjadikan kompos... da separuh terurai campak dekat tong cacing.... boleh ke tuan is???
PadamBoleh juga. Tapi kalau guna cacing untuk uraikan dari awal pun cepat. Sebenarnya kalau longgok kat luar dan dilapis dengan tanah,kalau tiada semut gatal, memang cacing akan bantu uraikan. Kalau ada semut gatal, memang tiada cacing sebab semut gatal suka makan cacing.
Padam