Mana Nak Dapatkan Cacing Tanah?
Ada orang anggap ini part yang
geli-geli ni..... Alarrr apa nak digelikan.
Orang putih sedut masuk gitu gitu aja depan kamera asalkan bayar. Macam makan mee rebus. "Anything for money dude." Tak sakit perut ker? Hmmm kalau silap pilih warong pun boleh sakit perut
jugak kan? Boleh ker gitu? Ok berbalik pada topik kita.
Mana nak dapatkan cacing tanah? Ada yang pergi beli ratus ratus ringgit kat
pembekal. Cacing kompos yang digunakan
adalah dari species foetida. Untuk bela
dalam tong bawah singki dapur kat rumah memadai cari sendiri aja kat dalam tanah di depan atau
belakang rumah atau di tepi padang kat taman perumahan. Kalau nak beli, boleh beli kat kedai pembekal
alatan memancing. Tapi kebiasaannya
cacing yang dijual untuk umpan dah lemah. Kalau tanya profesional, mereka kata "mana boleh....."
Tak boleh ker? Boleh tapi hasilnya tidaklah selumayan kalau bela cacing merah foetida tu. Maksud saya, kadar pembiakan agak lambat. Dari pengalaman saya, lambat lambat pun, selepas 4 bulan, dari seratus ekor, terdapat 4 ribu ekor cacing memenuhi tong yang saya bela. Itu kalau medium serasi.
Tak boleh ker? Boleh tapi hasilnya tidaklah selumayan kalau bela cacing merah foetida tu. Maksud saya, kadar pembiakan agak lambat. Dari pengalaman saya, lambat lambat pun, selepas 4 bulan, dari seratus ekor, terdapat 4 ribu ekor cacing memenuhi tong yang saya bela. Itu kalau medium serasi.
20 hingga 100 ekor dah mencukupi. Cacing akan membiak dalam masa yang singkat kalau medium yang digunakan sesuai.
Macamana nak kenal pasti tanah
yang mengandungi cacing tanah?
Biasanya tanah di akwasan yang redup dan lembap ada banyak cacing tanah. Perhatikan permukaan tanah. Kalau kelihatan timbunan kecil bintil-bintil tanah setinggi 2 atau 3 cm, itu tinja cacing tanah. Jangan korek di situ juga. Anda akan cederakan cacing yang ada di situ.
![]() |
| Timbunan bintil-bintil halus menandakan ada cacing di kwasan tersebut. |
Gunakan cangkul. Gali lubang
dengan sempadan 6 inci dari tinja cacing dan pecah-pecahkan tanah dengan
berhati-hati. Kalau kawasan yang subur,
1 kaki persegi tanah mungkin ada 20 hingga 100 ekor cacing dewasa dalam sekaki
persegi permukaan tanah.
![]() |
| Kedudukan cacing ketika makan. |
Pastikan cacing tidak tercedera. Kalau tercedera, cacing tersebut akan
mati.
![]() |
| Cacing tanah, dari jenis Malaysian Blue, Perionyx excavatus |



selain dari cacing kat atas tu, saya ada jumpa ulat putih sebesar ibu jari, banyak jugak le. kadang-kadang sekali korek boleh dapat 3 ke 4 ekor jugak le.ulat tu pun boleh diguna untuk buat kompos jugak ke?
BalasPadamUlat putih sebesar ibu jari ialah ulat kekek, iaitu larva kekabuh. Ia hidup dengan memakan akar hidup. Ulat kekek adalah musuh nombor satu yang membunuh tanaman terutamanya pokok saka. Pokok betik dan kelapa boleh mati dengan mengejut akibat dikerjaklan ulat ini. Ia mesti dihapuskan.
BalasPadamKalau ada banyak, keringkan dan jual kepada kedai haiwan peliharaan (pet store). Sugar glider suka makan larva yang telah dikeringkan. :) Mahal harganya.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamsaya dah tersilap, dah termasuk ulat kekek dalam tong kompos. lepas ni kalau jumpa banyak, alamat jadi umpan pancing la..
PadamAlamak!
PadamKalau buat umpan, ulat kekek adalah pilihanm yang tepat. Ikan dalam paya suka makan ulat ni.
saya pulak mmg sakit hati dgn ulat kekek ni... tak pasal-pasal je anak pokok timun saya mati... geram... kalau sekali boleh sabar lagi... bila dah banyak kali?... haih... sabar je la...
Padamada gambar tak ulat kekek tu?
BalasPadamAda. Saya pernah tunjukkan dalam posting terdahulu.
PadamBerikut adalah linki yang dimaksudkan.
Padamhttp://www.tanamsendiri.com/2011/12/makhluk-perosak-riang-riang-cicadidae.html
Tuan,
Padamada tak kaedah untuk mencegah kehadiran ulat kekek ini? Penangan ulat ini terlalu dahsyat, x tahan rasanya...
Tak ada. Apa yang saya buat ialah kutip, jemur kering, beri pada pet sugar glider bila ia berkelakuan baik. Saya pernah terlihat dalam tv, orang Melaka yang berkebun kelapa pernah diserang makhluk perosak ni. Di Batu Rakit, Terengganu, terlalu banyak, kalau dikumpul boleh muat guni. Tapi sebenarnya semua duit tu. Makanan haiwan peliharaan tinggi harganya.
Padam