Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 3 Mei 2012

Tuaian Hari Ini -- Bangun-bangun, Cuban oregano, Plectranthus amboinicus

Pokok Bangun-bangun (Plectranthus amboinicus)  perlu dipangkas selalu untuk menghasilkan tanaman yang subur.  Kalau dibiarkan tanpa dituai pokok akan menjadi terlalu tinggi dan renggeh.

Daun bangun-bangun enak dibuat teh atau sirap.  Sirap bangun-bangun melegakan tekak.  Saya gemarkan teh bangun-bangun kerana ia menenangkan.  Kalau susah tidur, minum segelas teh bagun-bangun panas. Mmmmm pasti akan mimpi yang indah indah. :)  Saya masih terhutang dengan rakan-rakan tentrang cara membuat teh bangun-bangun untuk menghasilkan rasa yang paling enak.  InsyaAllah akan disegerakan.

Bangun-bangun enak dibuat sirap dan teh.



Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual



4 ulasan:

  1. ada pokok ini... tapi tak pernah guna... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba ini dulu,
      Masukkan air panas menddidih ke dalam kole sehingga 1/2 penuh. Masukkan 3 helai daun bangu-bangun dan rendam selama 10 minit. Keluarkan daun bangun-bangun, tambahkan air yang tidak panas sehingga aras 3/4 kole. Masukkan 1 senduk gula dan kacau hingga larut. Tuang ke dalam gelas dan tambahkan ais. Hidangkan.

      Padam
  2. Saya ingin bertanya.. di kampung, mak ada tanam pokok yang saya lihat seakan-akan sama dengan pokok tuan ini. Mak kata itu pokok lada hitam. Daunnya (tidak boleh dimakan) digunakan untuk meredakan suhu badan ketika demam, kaedah yang digunakan sama dengan daun bunga raya. Ada sejenis pokok lagi yang dipanggil ati-ati di kampung saya (perak).. daunnya berwarna dan bau sama dengan pokok yang mak saya panggil lada hitam ni…Bila saya tanya mak tahu tak pokok bangun-bangun.. dia tak pernah dengar nama pokok ini..tapi bila saya google pokok lada hitam lain sangat rupanya... keliru saya dibuatnya.. hahaha

    BalasPadam
  3. saya pun ada pokok ni...selalunya digunakan masa masak sambal tempoyak daun daun ulaman..

    BalasPadam