Semaian Sawi Hong Kong sedia untuk dialih. Sawi ini yang juga dikenali sebagai Sawi Manis sememangnya cepat dituai dan enak dimakan. Jika ingin melatih anak-anak memakan sayur, saya syorkan menanam Sawi Hong Kong. Nombor bakanya pun cantik, 007. Sawi ini sedia untuk dialih. Saya akan semai di antara pokok tomato ceri. Bau pokok tomato yang dibenci belalang akan melindungi sawi ini dari serangan belalang. Pokok tomato ceri adalah buddy kepada pokok sawi.
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
saya kenal sawi zaman dulu-dulu - rasa dia pahit... ala... jenis sawi kampung yg apek cina tanam tu... masalahnya sampai skrg pun saya tak suka sawi itu... hehehe...
BalasPadamboleh la kot... nnt saya cuba makan sawi hongkong ni... tengok bole masuk tak... ;p
Mungkin wasi ini akan mengubah pandangan ejaMaria tentang sawi.
PadamNyum².. Sawi sedapp.. Hehehe :)..
BalasPadamHe he.
Padamtuan, besar ni dah boleh atas batas ke ataupun masuk pasu? tq
BalasPadamDua-dua sesuai. Yang ini saya masuk patch tomato ceri. Tomato ceri akan jadi buddy sawi ni.
PadamTanam dalam bekas apa tu tuan? Bekas diubah suai ke?
BalasPadamSawi ini disemai dalam tray. Air dispray sahaja untuk kekalkan kelembapan meduim.
Padamowh... maksudnya tray yg tiada lubang utk air mengalir, begitu ke? Sejak disemai hanya guna kaedah spray sahaja supaya tanah kekal lembap?
PadamYa. Saya gunakan kaedah tersebut.
PadamMenarik ni, saya baru tahu kaedah ini blh digunapakai untuk semai sawi. Dah macam tanam kaktus pulak semai sawi ni :D
PadamSaya sedang mencari kaedah precision gardening yang terbaik untuk tanam di tepi rumah. Ingin maksimakan tuaian bagi setiap ruang yang ada.
Padamsawi hong kong memang sedap... rebus dan cicah sambal...huhuh makan begitu pun sedap.... rasa manis...
BalasPadamEn. Is,
BalasPadamSy punya sawi diserang serangga hitam kecil..habis berlubang2 daun sawi sy dimakannyer..mcm mana nak mengatasi masalah ni?
Kemungkinman besar ia diserang flea beetle. Gunakan rumusan sebagaimana dalam posting berikut.
Padamhttp://www.tanamsendiri.com/2012/04/semburan-makhluk-perosak.html
sawi ni shedap
BalasPadam:)
Padam