Tuna goreng enak dimakan bersama nasi atau dimakan bersama roti. Resepi ini sesuai untuk hidangan 3 orang.
Bahan-bahan
3 keping ikan tuna hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar garam halus
5 biji bawang merah dihiris nipis
5 biji cili kering dipotong kecil
1 cawan minyak masak
Cara-cara
1. Gaulkan ikan
dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak
masak.
3. Masukkan ikan.
Goreng selama lebih kurang tiga minit.
Masukkan bawang dan cili kering.
4. Teruskan
menggorang ikan selama 3 minint lagi.
Terbalikkan ikan dan goreng
sehingga masak, lebih kurang 4 hingga 5 minit. Lebih lama jika sukakan ikan goring lebih
garing.
5. Angkat dan hidangkan.
Angkat bawang dan cili kering dan taburkan di atas ikan.
6
Tuna Goreng enak dimakan ketika masih panas. |
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
sebenarnya ikan apa nie..ikan tongkol ke atau ikan kembung?
BalasPadamAda panggil tuna, ada panggil tongkol, ada panggil aya. Semua tu ikan yang sama dan sedap kalau digoreng, atau rebus gaul ngan mayo buat sanwic. Campur dgn sayur putih atau salad tanamsendiri. Fuuuh lentok.
Padamtongkol tu salah satu spesis tuna juga....nama sebenar skipjack tuna.... masuk malaysia jadi la tongkol dan aya.
Padamyang penting sedap makan ikan ni...hehehe lebih2 lagi ada nasi dagang depan mata...huhuhu
Nasi dagang, memang sedap terutama nasi dagang teGanu. Tapi di Lembah Kelang mana nak dapat yang sedap macam di teGanu. Dulu adalah juga dekat Giant Stadium Shah Alam. Bila pergi lagi, booth nasi dagang sedap dah tutup. :(
PadamNasi dagang, memang sedap terutama nasi dagang teGanu. Tapi di Lembah Kelang mana nak dapat yang sedap macam di teGanu. Dulu adalah juga dekat Giant Stadium Shah Alam. Bila pergi lagi, booth nasi dagang sedap dah tutup. :(
PadamAbg Is cari la beras dagang..yg hitam putih tu..x de ke beras tu kat area abang?
PadamNanti balik kampung suruh mak ajar cara buta, guna cara tradisi. :)
PadamSedap².. Nak suruh mak buat la.. Hehe.. Tapi kena cari ikan aya la.. Baru sedap.. :)..
Padamsekarang syarikat faiza pun dah keluarkan beras untuk buat nasi dagang ni.... sebenarnya seronok belajar memasak ni.... kalau ada resepi2 yang elok boleh kongsi2...huhuhuh
PadamSaya dulu kena paksa belajar memasak. Sebab nak pergi belajar jauh. Alasan mak, kalau kehabisan duit, tak pandai memasak, akan kelaparan. Masa tu malunya dengan kawan-kawan, sebab zaman tu mana ada budak lelaki kena paksa belajar masak. :P
PadamSaya pon belajar masak masa tingkatan 4... masa 3 bulan tak masuk sekolah sebab2 tertentu... hehehe.
PadamDalam masa 3 bulan tu la belajar sampai la ni da bole buat resipi sendiri da( tapi sedap mulut sendiri jugalah ) resepi masakan tradisional negeri2 je seperti nasi dagang, nasi keabu dan sebagainya...
Lama tak makan yang goreng garam kunyit begini. Sedap juga kalau rebus dulu (spt yg dibuat utk lauk nasi dagang) baru goreng!
BalasPadamMmmmm, bila bincang tentang makanan, terbuka pula selera. Nampaknya naik lah badan.
Padam