Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 9 Mei 2012

Patch Sayur Depan Rumah

Masalah dengan ruang depan rumah, bila ada aja kawasan tanah terdedah, Sang Meow mula buat hal.  Patch ini diisi dengan batu di ruang kosong untuk mematahkan semanagat Sang Meow menggali.  Patch ini disemai dengan sayur putih (kobis cina, ong king), bawang merah dan peria katak.  

Patch sayur depan rumah.

17 ulasan:

  1. sang meow tu, susah nak dijangka... kat laman kita atas rumput pun dia belasah je... geram!

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan atas rumput je,atas simen pon dia balun

      Padam
    2. Ini kira kucing jenis sabotaj ni. :)

      Padam
    3. huhuhu... atas simen?... tak agak-agak...

      Padam
  2. sang meow klu melepas kat pokok sayur kita ok x? kita still boleh mkn kan sayut tuh, xder racun kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari kelas Biology of Parasite yang saya ambil dulu dan dari pembacaan, tinja kucing mengandungi parasit yang merbahaya terutamanya kepada ibu mengandung. Rakan-rakan yang dalam bidang perubatan mungkin boleh jelaskan lagi. Begitu juga dengan cakarannya. Saya ada bela kucing yang dengar kata, tapi kalau kucing jalanan saya anggap makhluk perosak nombor satu.

      Padam
    2. Kucing saya pun dengar kata juga.. Malam² tidur dalam rumah.. So far ok je.. Kelebihan bela kucing ni, kucing² lain x berani nak singgah masuk ke rumah.. Kalau singgah je, nanti kena hambat dengan kucing yang dibela ni.. :)

      Padam
  3. adakah mengenai toxoplasmosis? kalau toxoplasmosis bukan saja kucing ayam pun boleh bawak parasit ni.. effect pada ibu mengandung ialah janin boleh keguguran, meninggal dan cacat, atau .masa saya pregnant dulu saya ada bela kucing yng mana berak pun dalam rumah-pasir kucing (sangkar). saya risau so saya ambil blood test untuk toxoplasmosis serologi - rupanya saya dah ada antibody terhadap ni- mungkin dari kecik dah biasa dengan kucing- so dah dapat imuniti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Taxoplasmosis. Itu tidak termasuk jenis cacing parasit dsb. Ayam (atau haiwan berdarah panas yang lain) tidak menjadi masalah kerana hanya kucing yang berkeliaran dalam taman perumahan. Baja tinja ayam yang dijual diproses terlebih dahulu. Saya belum pernah dengar kes kongenital dari ayam. Kucing -- biasa.
      Itu yang saya hairan kalau lihat dalam Facebook, wanita hamil begitu manja dengan kucing. Kalau kena cakar...

      Padam
    2. mengikut apa yg saya tau org yg dah biasa dengan kucing tak berisiko sangat kerana dah imun.. tapi kalau yang memang tak penah pegang kucing, masa pregnant kena jaga sebab senang kena jangkit..tinja ayam yg dijual ok.. tapi kalau ayam yg berkeliaran yang makan taik kucing tu.. (kat kg penah nampak ayam makan taik kucing )..

      Padam
    3. Adik ipar saya ada seorang yang disyaki jangkitan congenital melalui kucing. Dia kena autoimmune yang menyebabkan diabetis. Baru aja lepas pembedahan ganti lensa mata kerana katarak.

      Padam
    4. Huh, serius juga tu.. Moga² Allah sembuhkan dia.. Amin..

      Padam
    5. Dah ok dah, sekarang dua-dua kanta mata sintetik. Nak control aras gula, sekarang dia cucuk insulin.

      Padam
    6. ada pertanyaan..klo kucing atau anjing yg kencing di tanaman kita adakah masih selamat utk dimakan selepas kita basuh dan masak?

      Padam
    7. Kebiasaannya tanaman tersebut akan mati. Kalau dimasak tiada masalah. Tapi saya tak tuai kalau tahu dikerjakan anjing atau kucing.

      Padam
    8. kucing ni mmg haiwan yg manja dan dengar kata kalau di bela...

      dulu semasa di kampung saya pun bela kucing... tapi bila Mak keguguran 3 kali berturut-turut dan doktor nasihatkan agar jgn bela kucing... jd kami akur shj...

      tapi skrg pun saya tak bela kucing... tak boleh pun sbb anak sulung ada masalah asthma... yg mana bulu kucing yg kita tak tahu kalau-kalau ada kutu / hama pun boleh menyebabkan radang asthma... ini mmg saranan doktor...

      jadi mmg tiada langsung la rasa nak bela kucing mcm dulu-dulu...

      tapi kdg-kdg bila ada nasi dgn saki baki lauk... terfikir juga kalau ada kucing bole bagi kat diorg utk makan... kan?... ;p

      Padam