Untuk cepatkan pertumbuhan cambahan, saya syorkan dibuang kulit benih selepas direndam. Saya perhatikan, benih yang tidak dibuang kulit lambat bercambah. Mungkin kulit menghalang daun biji benih keluar dengan cepat.
Gambar dibawah menunjukkan dua bekas yang disemai.
Benih sebelah kiri direndam kemudian kulitnya dibuang. Ia tumbuh dengan cepat.
Benih sebelah kanan juga direndam tetapi kulitnya tidak dibuang. Pertumbuhannya perlahan. Daripada 3 biji benih, dua rosak dan hanya satu yang bercambah.
Cambahan bunga matahari perlukan sedikit bantuan untuk bercambah dengan galak. |
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Owh... ini rahsia yg bagus nie... saya perhatikan benih yg saya semai terus, memang ada kes sampai kulit biji benih terlekat pada daun cambahan :D
BalasPadamItu kira ok lagi. Kadang-kadang air yang terperap pada kulit benih menyebabkan kotiledon reput kerana dimakan kulat.
Padamoh ruginya kalau terjadi mcm tu... nampaknya mmg amat elok jika dpt dikupas dulu kulitnya. Tapi kalau dikupas tanpa direndam dulu apa jadi ye? Berapa lama lbh kurang perlu direndam sblm boleh dikupas kulitnya?
PadamRendam seperti biasa iaitu seperti sebelum menyemai, 2 hingga 8 jam. Kemudian kupas dengan berhati-hati. Kalau diperhatikan bahagian hujung, kesan seperti akar utama akan kelihatan.
PadamKalau tidak direndam, bahagian benih kering dan rapuh. Kemunkinan isi benih rosak adalah tinggi.
owh... lepas ni boleh praktikkan.... tanam bunga matahari campur kat atas tanah 2 pokok.... tengok daunnya sangatlah lebar berbanding tanam dalam polibeg... tidak sabar untuk tunggu dia kembangkan bunganya...
BalasPadam:)
Padamowhh satu informasi yg sangat berkesan!!! nnti nk cubalah..tqvm En Is..:)
BalasPadamYou're most welcomed. :)
Padam