Minggu lepas ada antara rakan-rakan menyatakan kerisauan bimbang kandungan dalam blog tanamsendiri.com dicuri orang. Sebenarnya perkara ini sedang berlaku. Ada beberapa orang yang tidak bertanggungjawab telah mencuri menyalin teks dan gambar secara bulat-bulat dan postkan di dalam blog mereka sebagai milik mereka tanpa segan silu. Ini amat menyedihkan kerana sememangnya pemilik blog ini membina blog untuk berkongsi maklumat. Apalah salahnya jika dinyatakan sumber bahan yang diambil supaya sama-sama mendapat manfaat daripada bahan tersebut. Pemilik blog berharap sipencuri tersebut sedar tentang kesilapan yang dilakukan dan memasukkan sumber bahan tersebut supaya perbuatan mencuri menjadi perbuatan berkongsi.
Ada juga antara pengunjung yang meminta saya tunjukkan cara untuk memasukkan teks notis ke dalam gambar untuk mengelakkan berlaku kecurian gambar. Sebenarnya setiap gambar yang saya postkan di dalam Internet mempunyai signature yang tersendiri yang mana saya dapat kesan apabila dipostkan ke lokasi yang lain di dalam Internet. Jadi saya tidak perlu meletakkan teks notis di dalam gambar, Bagaimanapun, untuk rakan-rakan yang ingin memasukkan teks ke dalam gambar, saya telah meletakkan contoh cara memasukkan gambar menggunakan penyunting gambar PhotoScape ke dalam tapak sesawang SlideShare sebagaimana berikut.
.
kita malas nak edit gambar... klu org curi pun pasrah je la... kita dah warning kat blog... tp klu org ambil juga... emmm... biar la... nanti jawab kat 'sana'... ;p
BalasPadamSaya kagum dengan en. Is mengenai perkara ini. Rilek n cool je. Bagi saya pula, saya memang nak buat sedekah buat sesiapa yang terambil gambar dalam blog saya. Sebab tu lah kebanyakan gambar milik saya telah di uploadkan ke wikipedia. Buat pahala kalau orang tersebut kongsikan bersama.
BalasPadamMulanya ingin juga la saya letak watermark pada gambar saya tetapi lama kelamaan rasa malas pula. Tetapi kalau gambar tu ada nilai, mungkin saya akan letak watermark.
Apapun, saya tetap menyokong usaha berterusan en. Is dalam memperkenalkan tanaman hortikultur kepada semua.
Saya izinkan penggunaan selagi sumber dinyatakan. Bila gambar digunakan oleh pelajar untuk projek mereka rasa lapang dada. Rasa marah bika org dewasa meniru bulat-bulat dengan gambar sekali diambil dan mengaku itu hasil tulisan dia. Yg sedihnya blog tersebut juga letak ayat ayat Quran. Saya pun jadi hairan macamana orng macamni boleh wujud.
PadamTapi itu kira boleh tahan lagi. Saya pernah ke International Book Fair beberapa tahun yang lalu dan menemui buku yg 100% sama dgn buku yg ditulis oleh isteri saya. Rasa marah, kecewa dan dikhianati. Bila disoal pengurus yg ada di situ, dia memberikan berbagai alasan (denial). Keesokannya saya bawa buku yang asal yg ditiru oleh penulis. Mereka terkejut beruk bila lihat kandungan buku yg ditulis oleh isteri saya. Bila saya semak, saya dapati penulis cum pencuri buku itu adalah seorang guru wanita dari Pulau Pinang.
Itu pun tak teruk lagi. Dua tahun dahulu saya browse di MPH Alamanda dan terjumpa satu set buku bacaan kanak yg diterbitkan oleh penerbit dari Petaling Jaya. Kandungannya dicuri bulat-bulat dari buku yg ditulis oleh isteri saya cuma gambar dilukis semula.
Pencuri dan penyamun zaman sekarang ada berbagai rupa. Tapi kita tidak boleh berhenti menulis kerana takut idea dicuri. Kalau kita kecewa dan berhenti menulis, bangsa akan rugi. Kalau terus menulis walaupun dicuri kita tidak rugi. Kan Allah ada.
Memang skrg ni pelbagai bentuk kecurian blh berlaku. Semoga mereka ini akan sedar dan bertaubat dlm perbuatan mereka. Seingat saya, setakat ini info yg bulat2 saya ambil dr sini semuanya telah diizinkan oleh pemiliknya, terima kasih En Is.
PadamApa pun, semoga En Is sekeluarga sentiasa dirahmati Allah atas segala usaha perkongsian ini
Ya, dan saya amat berbesar hati kerana Sdr sudi kongsikan maklumat tersebut. :)
PadamKalau kes buku tu memang parah. Boleh pula penerbit buat tak kisah. Apapun semoga segala usaha En. Is mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Padami like this En. Is (salute)“Tapi kita tidak boleh berhenti menulis kerana takut idea dicuri. Kalau kita kecewa dan berhenti menulis, bangsa akan rugi.”
BalasPadamTerbaik lah En. Is, terima kasih kerana sudi tunaikan permintaan rakan mengenai watermark nih...yeee dah tau
BalasPadamSama-sama. :)
Padamkalau soal dalam internet ni, mungkin boleh dianggap amal jariah....
BalasPadamtapi kalau sampai boleh mengaut keuntungan, rasanya wajar menuntut royalti... sebab mencuri dan memperdagangkan hak orang....
saya selalu nyatakan kalau ambil dari internet, tulis "diambil dari carian google" kalau tidak pun nyatakan laman web yang diambil...yang ada watermark takkan ambil dan gambar yang unik...
saya pun meletakkan watermark pd gambar yg saya fikirkan unik sahaja. kalau gambar biasa2 tu..ambillah...
BalasPadam:)
Padamisteri en is ada menulis buku tentang menanam ni ke..? boleh tau tajuk dan penerbitnya..? saya nak belilah..
BalasPadamAda. Masih lagi dlm proses penerbitan.
Padamnanti bila en.is dah habis penulisan....war2 kan lah tulisan en.is...dn jgn lupa war2kan sekali buku hasil tulisan wife en.is sekali. saya berbesar hati utk beli....blog en.is ni dah ibarat jurnal pada saya....setiap Kali saya nak cuba tanam benih baru...saya akan rujuk dan baca blog en.is.....semoga Allah merahmati usaha en.is dan isteri bersama2...amin.
BalasPadamInsyaAllah akan diwarwarkan. :)
Padamsaya doakan en is tabah menghadapi ujian
BalasPadamorang yang terpilih saja Allah beri kekuatan
Terima kasih Kakei91.
Padam