Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 10 Mei 2012

Makhluk Perosak -- Larva Kekabuh Squash, Epilachna borealis

Adui.... Dau peria diserang larva kekabuh.  Saya syak larva ini adalah dari jenis kekabuh kura-kura (ladybird) perosak dari jenis Epilachna borealis.  Rakan-rakan yang kenal species ini sila sahkan sama ada tekaan saya bertul atau salah.  Tidak semua jenis kekabuh kura-kura menjadi rakan kita dengan memakan bena dan teritip tanaman.  Ada yang menjadi perosak kerana larvanya memakan daun terutamanya daun peria dan daun pokok ulat bulu (Passiflora foetida).  Larva ini lazimnya menyerang secara berkumpulan tanpa belas kasihan.  Seluruh tanaman akan musnah jika lambat bertindak.

Sekiranya benar ini larva kekabuh kura-kura dari jenis Epilachna borealis, saya boleh hapuskan menggunakan semburan larutan sabun pencuci dan minyak masak. 

Ulat larva kekabuh kura-kura perosak memakan permukaan daun peria.

Ulat ini  lazimnya berada di bawah daun.  Ia menyerang daun secara berkumpulan.

Ulat larva Epilachna borealis boleh dihapuskan menggunakan semburan larutan sabun dan minyak masak.

Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

10 ulasan:

  1. Aduh! Dah mcm daun getah kering jadinya. Bagaimana operasi penghapusannya tuan, berjaya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau jenis ini boleh dihapuskan dengan semburan larutan cecair pencuci dan minyak masak. Saya perlu perhati dahulu. Kalau jumlahnya terlalu banyak, elok potong pokok dan bakar aja. Tanam semula bila saki baki makhluk perosak beredar ke tempat lain.

      Padam
    2. Pernah berlaku pada saya 1-2 bulan yang lalu, larva ni menyerang pokok terung pipit saya, tetapi mengabaikan pokok terung pendek saya yang bernaung di bawah terung pipit tu. Hebat jugaklah serangannya. Saya sembur racun organik yang berdasarkan resipi yg Tuan Iskandar beri, cuma saya tambahkan sedikit air rebusan soapnuts. Itupun tak sembur kerap sangat. Terung pipit hampir botak dibuatnya. Alhamdulillah serangan tiba-tiba berhenti. Saya pun tak pasti kenapa. Sekarang terung pipit berbunga lebat :-)

      Padam
    3. Munkin mati kena semburan atau dah bertukar menjadi kekabuh dewasa.

      Padam
  2. Memang betul ini kekabuh kura2(ladybird)..habis pokok peria saya dimakannya..dulu saya simpan satu larva tu untuk kenalpasti betulkah itu ladybird..bagi dia daun peria untuk dimakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kekabuh kura-kura menjadi kawan kita kerana memakan bena. Ada yang menjadi musuh kita. Yang ini musuh. :)

      Padam
    2. Yg ini kira mcm musuh dlm selimut nie... :D

      Padam
    3. Saya sedang membuat satu artikel untuk membezakan antara dua kekabuh ini. Satu yang baik, satu yang jahat.

      Padam
    4. Alhamdulillah... terima kasih atas info tersebut

      Padam
  3. tak jumpa lagi spesis ni di laman saya...

    BalasPadam