Hati-hati jika membeli tanah organik atau tumbuhan dari nurseri. Ia mungkin mengandungi telur makhluk perosal. Tanah campur yang saya beli mungkin tidak dibakar terlebih dahulu kerana terdapat telur siput. Akibatnya, beberapa anak siput muncul dan meratah tanaman. Namun begitu kerosakan oleh anak siput yang tak sampai 1 cm ni tidak banyak. Bayangkan bila siput tersebut besar. Pasti habis cambahan dikerjakannya.
Anak siput yang halus hanya kelihatan bila diamati betul-betul. |
Anak siput |
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
tapi En. Is walaupun kecik jika banyak abis juga pokok, biasanya petua utk kawal siput ni ditabur garam ye.
BalasPadamKalau terjumpa siput boleh tabur garam di atas siput. Jangan tabur di atas tanah dekat pokok. Ini mungkin akan membunuh pokok.
PadamAda tak cara untuk kita nak tahu sama ada tanah itu telah dibakar terlebih dahulu atau tidak?
BalasPadamBiasanya penjual akan bertahu. Perhati struktur tanah. Kalau lembap, jangan beli. Selain dari yelur siput, larva kekabuh dan rumpai juga tersebar malaui tanah yang dibeli.
Padamselalu kalau beli anak pokok di nursery saya perasan benda seperti manik bulat2 kecil warna kuning. bila dipicit, keluar air.. nampak mcm telur. kulitnya pun masa dipecahkan teksturnya seakan2 telur juga cuma nipissssssss sesangat... apa bendanya tu... telur siput ke telur cacing? setau saya telur cacing putih dan kulitnya lembut.
BalasPadamKalau telur seakan-akan cangkerang telur ayam, kemungkinan besar itu telur siput.
Padamhaaaa..btl la tu
Padam