Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 31 Mei 2012

Makanan Kegemaran Ikan Pelaga

Jika pernah cuba membiakkan ikan pelaga (Betta), rakan-rakan akan tahu masalah utama adalah menentukan makanan dan bila makanan tersebut sesuai diberi kepada ikan pelaga.  Video ini menunjukkan sejenis cacing yang kelihatan seperti ugat-ugat yang diberikan kepada ikan pelaga.  Makanan ini kaya dengan protein dan amat digemari oleh ikan pelaga.  Jika membela di luar rumah, di peringkat awal anda mungkin akan menghadapi masalah dengan pegawai penguatkuasa kerana mereka pasti akan menyangka organisma ini adalah ugat-ugat, iaitu larva nyamuk.  Sebenarnya organisma ini bukannya larva nyamuk. Organisma ini mudah diperolehi jika anda tahu cara menangkapnya.  Maklumat lengkap tentang pemakanan ikan pelaga akan diberikan di dalam ebook yang akan dipasarkan nanti.  Kepada peminat ikan pelaga, harap bersabar.

video

7 ulasan:

  1. Owh... cacing ini... dahulu mudah didapati dan harganya blh dikatakan murah. Memang menjadi kegemaran byk ikan dan utk ikan saiz kecil mmg cacing ini sesuai sbg makanan. Biasa kalau dalam akuarium, di letak dlm 1 bekas berbentuk corong dan ada lubang2 halus disekeliling bekas yg dilekat ke dinding akuarium

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah saya dah temui seoarng yang minat membela ikan. :)

      Padam
    2. he he hee... dunia yg tidak dpt saya pisahkan, tuan cuma buat masa ini blm dilakukan semula sejak dah kahwin kerana nak buat proper setup baru nak bela. Saya pernah berimpikan nak bela ikan air masin (ikan laut) yg biasanya suka bermain di batu karang selain ingin bela kuda laut sbb pernah nampak dijual di Central Market suatu ketika dulu

      Padam
  2. Dahulu semasa saya kecil, ada saya bela ikan ini. Selalunya saya bagi sahaja palet makanan ikan dibeli dari kedai. Tak tahu pula ada cacing sebegini. Info yang menarik.

    BalasPadam
  3. cacing ini dulu pernah beli masa arwah ayah minat bela ikan... biasanya bagi makan kepada ikan2 hiasan yang kecik2 tu... apalah namanya....

    ikan yang sentiasa diingat adalah ikan arowana dan ikan arapaima....itu je... yang lain ikan hiasan beberapa spesis.

    BalasPadam