Ada kekabuh kura-kura (ladybird) menjadi sahabat kita kerana memakan bena dan koya. Ada yang menjadi musuh kerana larvanya memakan daun tanaman. Lakaran berikut mungkin dapat membantu rakan-rakan mengenalpasti yang mana sahabat yang mana makhluk perosak.
![]() |
Kenalpasti menggunakan bintik pada kepak kekabuh. |
Sumber: Aini et al, muka surat 101, Organic Vegetable Cultivation, terbitan MARDI, cetakan kedua, 2011.
http://www.tanamsendiri.com/2012/05/makhluk-perosak-larva-kekabuh-squash.html
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
sekali tengok macam sama aja..
BalasPadamha dapat tau dah mana nak beza. lepas ni hanya chilomenes je layak jadi tetamu di kebun ;)
BalasPadamTuan,
BalasPadamCara kita nak bezakannya melalui bintik² dibelakang badan dia ke?
Ya. Tapi sebenarnya kekabuh kura-kura ada banyak lagi. Kalau ada kelapangan, akan cuba masukkan semua jenis supaya boleh dijadikan rujukan.
PadamSekali imbas dari gambar di atas nampak sekadar melalui bintik2 je tapi btl mcm En Iskandar kata, haiwan ini ada byk jenis rupanya, ikut rekod yg saya jumpa ada 6 sub-family haiwan ini. Kalau ada gambar sebenarnya seronoknya belajar :)
PadamSaya ada merakam gambar kekabuh kura-kura, tapi kena benar-benar kenalpasti jenis baru berani letak dalam blog.
Padamaduhai En.Is...
Padamsaya google imej chilomenes dgn epilachna... lebih kurang je... ragam bintik pun dekat sama... warna pun hampir-hampir... yg baik ada warna merah... yg jahat pun ada warna merah... cuma yg jahat banyak warna kuning... hadui... konfius saya...
Ikut rajah yang saya letak sebab maklumat tersebut saya dapat dari buku yang diterbitkan di negara kita oleh MARDI. Kumpulan penulis pula terdiri daripada pakar dalam bidang pertanian. :)
PadamTapi agak sukar la nak membezakannya.. Terdapat banyak persamaan antara 2 kekabuh ni..
PadamYang kekabuh sebelah kiri tu..bintik2 dia betul2 atas line kepak dia kat tengah2..yang sebelah lagi tu x de pun..mcm tu ke beza dia..
BalasPadamYa, satu bintik atas kedua-dua kepak. Ini ciri ketara untuk membezakan antara dua spesies tersebut.
Padamrasanya yang selalu duk ada kat pokok ni adalah epilachna la... memang kena hapuskan semuanya... sebab tu tengok dia asyik duduk dekat daun sahaja....
BalasPadamYang dewasa tak mengapa, ia memakan bena, musuh kita. Larvanya sahaja memakan daun.
Padamyang dewasa adakalanya memakan daun... cuma kuantiti tidaklah begitu banyak sepertimana larvanya... habis satu pokok mereka kerjakan...huhuhu
Padammacam budak2 baru nak membesar... kuat makan...hehehe
kalau pokok2 kecil yang baru nak membesar sahaja mana ada ulat dihapuskan... pokok2 yang sudah besar kadang2 biarkan sahaja sebab pokok tu dah besar, dia boleh hidup... ada daya tahan...
Terima kasih atas info ini.. alhamdulillah baru tahu.. saya pun pernah beritahu mak ladybird bagus makan bena.. tapi mak komplen tang anaknyer yang tak best.. konpius den.. Bila topik nie keluar.. saya google.. chilomenes tak puas tengok, epilachna hati macam sangkut 1 macam.. :)
BalasPadamSama-sama. :)
Padam