Dah masuk bulan ke tiga saya tinggal di rumah ini. Ruang depan rumah pun dah penuh dengan sayur. Setelah dicongak saya dapati sayur yang dihasilkan masih tidak mencukupi berbanding dengan isi rumah. Isteri minta saya optimumkan ruang sehingga dapat menghasilkan 4 kali dari tuaian sekarang. nampaknya kena jalankan kaedah precision gardening. Ia tidak mustahil. :)
 |
Terung sedang galak berbuah. |
 |
Terung pendek bride cantik buahnya. |
 |
Kailan dah patut dituai. Begitu juga dengan bawang dan sayur putih. Pasu digunakan untuk tutup tanah yang terdedah supaya tidak diganggu kucing. |
kebetulan juga yang saya semai awal2 dulu pun sudah berbuah... cantik warnanya... tersangat ungu....
BalasPadambenih terung yang saya beli kat pasaraya takdelah seungu terung ni...terung tu lebih kepada hijau-ungu... apa apa pun sekarang benih terung berlambak da.... dari kecil sampai ke besar...
p/s: terung bulat pun ada tapi sepokok je... tu pun ambil masa lama nak tunggu dia besar...huhuhuh
Nanti boleh jadi pakar buah terung. Boleh pilih yang mana sedap dibuat kari. :)
Padam