Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 1 Mei 2012

Cara Menyemai Bunga Matahari, Helianthus annuus

Saya ada menerima permintaan agar saya postkan cara menyemai benih bunga matahari.  Sebenarnya ada banyak kaedah menyemai benih bunga matahari. Berikut adalah kaedah yang saya gunakan.

Bahan-bahan/alatan:

Cawan gabus, air suam, bekas semaian/pasu semaian dan dulang takungan air, tanah organik/pasir+organik/tanah campur.

Kaedah Menyemai

1. Panaskan air.  Campurkan 1/4 cawan air panas dengan 1/4 cawan pada suhu bilik dan kacau supaya mendapat 1/2 cawan air suam.  Jika gunakan air paip, gunakan penapis air (water filter) atau didihkan dulu untuk buang klorin.

2. Masukkan benih matahari dan rendam selama 3 hingga 8 jam.  Jangan risau jika benih terapung kerana air akan meresap perlahan-lahan melalui kulitnya.

3.  Selepas direndam, keluarkan biji benih.  Perhatikan hujung biji benih.  Sedikit akar akan kelihatan keluar daripada hujung benih.  Jika akan tidak kelihatan, dengan berhati-hati kupas sedikit kulit biji benih.  Pastikan isi biji benih tidak tercedera.  Perhatikan bahagian hujung.  Terdapat pertumbuhan akar sedikit.  

Benih mengeluarkan akar selepas direndam.  
4. Masukkan tanah organik, atau tanah pasir yang digaul dengan tanah organik, atau tanah campur daripada nurseri ke dalam sel dalam dulang semaian atau ke dalam pasu semaian.

5.  Letakkan bekas semaian ke dalam dulang takungan dan isikan air ke dalam dulang tersebut supaya air meresap masuk ke dalam bekas semaian.  Pastikan tanah lembap tetapi air tidak terlalu banyak.

Bekas semaian.



6.  Buat lubang dengan jari sedalam 3 cm dan masukkan benih yang telah direndam.  Letakkan bahagian akar ke aras bawah.

Tanam dengan bahagian hujung di sebelah bawah.


7.  Timbus benih.  Letakkan satu biji benih ke dalam 1 sel semaian.  Kalau gunakan pasu semaian, letakkan 1 hingga 3 biji benih.

8.  Benih akan bercambah selepas 7 hingga 14 hari selepas disemai.   

Cambahan kelihatan selepas beberapa hari disemai. Biasanya benih bercambah antara 7 hingga 14 hari.


9.  Selepas 2 minggu pokok bercambah, alih semaian ke atas tanah atau ke dalam pasu bersaiz besar.  Gunakan tanah yang kaya dengan kompos.

Benih bunga matahari lazimnya bercamnah pada suhu antara 23 hingga 30 darjah celsius.  Benih bernas antara 3 hingga 5 tahun jika disimpan di tempat kering pada suhu bilik.  Tanah yang serasi mempunyai pH antara 6.0 hingga 7.0 iaitu tanah yang neutral.

Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

114 ulasan:

  1. Wah..telitinya. saya main tanam je. Nasib baik tumbuh jugak..dah setinggi paras bahu anak dah tapi belum berbunga.benih2 Tuan Is bernas2 belaka..

    BalasPadam
  2. Owh... begitu rupanya kaedah pro semai... benih sy beli dgn tuan telah saya cuba semai dan Alhamdulillah... satu demi satu mula bercambah. Tgh cari tapak utk dipindahkan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah nanti berseri laman rumah. Ada juga antara rakan yang buat kuaci dari biji bunga matahari. Kagum. :)

      Padam
    2. Bisa kontak kesaya ? Perlukan sisa tanaman yang dibuang. Hp: 0813 244 678 27.

      Padam
  3. terima kasih en.iskandar. info yang sangat berguna.saya ni pakai tanam je terus...;>

    BalasPadam
  4. Ooh.. Begitu caranya.. Terima kasih atas tunjuk ajar.. Kita gunakan cara ni juga ke untuk bunga2 dan pokok2 sayuran yang lain..?

    BalasPadam
  5. saya dah cuba buat rendaman seperti yang telah diajar tapi takde langsung tandatanda pertumbuhan akar...kenapa ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada tak tanda2 bengkak pada hujung yg sepatutnya keluar akar?

      Padam
  6. takde...rupa dia sama macam sebelum rendam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba semai dulu. Saya kirim benih baru.

      Padam
  7. saya rendam dua-dua jenis bunga matahari yang saya beli tu tapi dua-dua takde pertumbuhan akar...benih matahari giant dan matahari mix color...nanti saya try semai dulu kalau tak tumbuh, saya inform encik lagi

    BalasPadam
  8. kalau dah bercambah tapi tak dikeluarkan dari pot boleh ke? sebab rumah saya apartment tak berbalkoni

    BalasPadam
  9. saya ada membeli benih b.matahari bulan lalu,dan saya cuba semai dengan teknik yang encik ajar,sampai sekarang benih saya tidak berhasil...kenapa ya????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baizura pewrlu jelaskan apa yang baizura lakukan supaya kita dapat bantu. Bila dah tahu caranya nanti segalanya akan jadi mudah. Menyemai macam naik basikal juga, sekali tahu, terus ok.

      Padam
    2. ari tu saya ada beli benih b.matahari ni..lepas ja sampai kat saya terus rendam benih tu dengan air suam mengikut sukatan yang encik ajar tu,cukup 24jam saya tengok benih tu still mcm sblm rendam,dan saya biarkan lagi dalam 3/4 jam,masih mcm tu jgk,saya cuba kopek sedikit kulit benih tu tanpa mencederakan isi dlm dia dan rendam lagi,xda perubahan juga dan saya terus tanam kebekas semaian dan rendam kan bekas tu didlm air sedlm 3cm mcm yg diajar...sampai sekarang benih saya tidak nampak perubahan,,kenapa agaknya...

      Padam
    3. Saya pun termenung juga ni memikirkan kenapa tak jadi. OK, macam ni, saya semaikan untuk baizura. Saya akan kirim benih separa bercambah sebagai gantian. Nak kirim pos biasa, Baizura jauh pasti ambil masa yang lama. Saya akan kirim melalui poslaju nanti. Bila terima benih Baizura coverkan kos pos laju.

      Padam
  10. boleh..boleh,,
    saya betul2 teruja sgt dengan bunga matahari ni,,tiba2 tak menjadi pulak,,rasa hampa jugakla,,, bapa kos yang perlu saya bayar,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan kecewa, kan tanamsendiri tempat kita semua bergembira. :)
      Untuk penghantaran pos laju, RM6.

      Padam
  11. ok,,saya kena bank in dulu ke,,atau macam mana?
    arap-arap kali ni menjadi la...

    BalasPadam
  12. InsyaAllah menjadi. Bankin bila Baizura terima pekej.

    BalasPadam
  13. ok,tq.
    tak sabar nak tunggu benih tu,,,
    semalam saya korek semula benih yang saya semai tu,
    tengok pada keadaan tu still tak berubah,cuma kulit dia nampak agak kembang,mungkin disebabkan berada dalam tanah lembab,,

    BalasPadam
  14. tak mungkin benih tu rosak,,
    sebab bila saya kopek kulit dia,tengok isi dia mcm elok ja,tapi kenapa tak menjadi,
    pelik jugak,,dah lama dalam tanah tu masih macam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kulit mula kembang tanda dah ada aktiviti.

      Padam
  15. ya ka ada,saya tengok kembang tu sebab terendam dlm tanah yang lembab,sebab tengok kat hujung kulit tu masih keras...
    tak apa saya cuba tunggu lagi,tengok ada perubahan tak,,,
    tapi encik tolong saya semaikan,saya rasa mcm tak yakin ja dengan benih yg saya semai ni,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa. Jangan buang benih tersebut. Saya tetap akan semaikan dan kirim pada Baizura nanti. Harap bersabar.

      Padam
  16. eenciikk,,,
    napa hasil tanaman saya tak menjadi lagi,,
    sampai sekarang tak nampak perubahan pun,,,
    apa yang patut saya buat???

    BalasPadam
  17. semua benih perlu di renda, kah?

    BalasPadam
  18. slm sy berminat nk try tnam bunga matahari..blh bg almt detail or smting utk sy dptkan benih bunga matahari ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lihat panel kanan di bawah tajuk benih "Benih bunga untuk dijual". Gunakan paparan versi web. Jika gunakan paparan versi mobil, panel kanan tidak kelihatan.

      Padam
    2. berminat nak membei benih bunga matahari... tapi mcm mana ya?

      Padam
  19. salam en iskandar,

    semua benih yang dibeli sudah selamat diterima,
    sy nak tanya..untuk benih b.matahari ni..sy rendam perlu tutup atau dibiar terdedah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manaana pun boleh. Cuma pastikan kalau rendam 24 jam, tukar air untuk mengelakkan benih reput.

      Padam
    2. Hati berbunga-bunga...akhirnya cambahan bunga matahari giant sy dah keluar selepas 11 hari semai...sy semai byk kali selepas kejadian benih reput ada ulat halus-halus, tanah terlalu mampat..bibik siram air pada benih terlalu banyak...adoi dugaan sungguh...:D

      Padam
    3. Macam belajar kayuh basikal, lali pertama rasanya amat sukar. Lama kelamaan tiada masalah lagi

      Padam
  20. Hi, Ada lagi jual benih bunga matahari giant tak?

    BalasPadam
  21. berapa lama biasanya bunganya muncul?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya putik bunga muncul 2 minggu selepas anak pokok dialih.

      Padam
  22. Seronok rasa nak tanam pulak. Cuba cari dalam senarai benih untuk dijual masih tak ade?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih dah ada, saya akan posting semula benih bunga matahari.

      Padam
  23. En Is..saya rendam benih matahari tp x tggelam pun..ambil masa ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tenggelam sebab kulitnya yang kering mengandungi udara. Kalau terus terapung, pecahkan sedikit kulitnya supaya air masuk ke dalam benih.

      Padam
  24. Still x tggelam..rasa mcm x jd je..nk kupas pon rasa takut benih rosak huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau begitu biarkan ia timbul. Kulit akan menyerap air secara perlahan-lahan dan akan lembapkan benih di dalam kulit tersebut. Tapi jangan rendam terlalu lama. Memadai bermalam, iaitu setakat 8 jam untuk mengelakkan benih daripada reput terkena serangan kulat. Esok terus semai.

      Padam
    2. Adui..bukan kena rendam 24 jam ke en is?

      Padam
    3. Kalau dipecahkan, kurangkan waktu merendam untuk elakkan benih daripada lemas. kalau dibiarkan ia tenggelam sendiri, 24 jam.

      Padam
    4. OK..doa2 benih saya menjadi la..

      Padam
  25. kalau ada benih giant dan campuran.tolong maklum ye :).benih F1 tu giant ke,apa bezanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ada ialah benih dari baka Giant tapi daripada bunga yang saya tanam sendiri. Dah kira benih pendebungaan terbuka (op).

      Padam
  26. ohh,tq.sebelum tu sy nk check stok benih yg sy beli 1.kobis,summer autumm 2.bunga matahari(OP) 3.kobis,bunga kobis,flocoli..... 4.garland crhysenthemum,tong ho choi 5.basil,thai basil. kalau beli 2pek rm4 boleh tk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua benih ada dalam stok kami.

      Padam
    2. en,is saya dah masukkan duit untuk pesanan di atas ,kalau dah habis stok saya pilih lain.benih yg sy kirim dah dpt ke belum?

      Padam
    3. Terimakasih Nadia. Nanti susulkan pesanan melalui emel, bimbang takut terlepas pandang kalau ketika mengisi benih tersebut.

      Ya saya ada terima kiriman benih.

      Padam
    4. insyaallah kalau ada benih lagi sy kirimkan.gunalah untuk mencari rezeki.:)

      Padam
  27. takungan tu perlu diisi selalu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, hingga benih bercambah. Lepas tu hanya kekalkan tanah supaya lembap, tapi jangan terlalu basah. Air pun jangan dibiar bertakung terlalu lama kerana bimbang menjadi tempat nyamuk bertelur.

      Padam
  28. semaian tu kena letak tmpt pns atau redup?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak tempat cerah, tapi tak direct sunlight.

      Padam
  29. saya rasa gembira sangat bila tengok blog nie!!!!

    BalasPadam
  30. saya dah hntr emel untuk pesanan.

    BalasPadam
  31. salam.,nak tanya.. benih ni ambil brapa lama untuk berbunga yer??

    BalasPadam
  32. Salam. Ada benih lg ke bunga matahari ni? ni jenis yg giant tu ke? Terima kasih.
    Arif hasani.
    E-mail: arifcomp82@yahoo.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang yang ada hanya baka OP, iaitu baka dari bunga matahari giant yang mungkin dah cross-bred dengan baka warna bercampur dan baka sunspot.

      Padam
  33. Saya da selamat menyemai. Perlu ke sy letak bekas di tempat teduh? Atau boleh terus kena direct sunlight?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya letakk tempat teduh dulu. Apakah perkembangan semaian tersebut?

      Padam
  34. Salam En Iskandar,
    Nak tanya, benih bunga matahari giant ada lagi?
    Saya nak beli 5 pek.
    Terima kasih.

    BalasPadam
  35. As salam en is, benih ni ada lg x?

    BalasPadam
  36. Assalam encik is. Boleh x en is cadangkan benih yang senang bercambah dalam masa 2 minggu? Kalau boleh pokok bunga atau buah. Thx :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebanyakan benih yang disenaraikan bercambah dalam masa 2 minggu. InsyaAllah esok saya akan letakkan senarai lengkap.

      Padam
  37. Saya baru terima benih bunga matahari dari tuan is semalam...x sabor nak tanam...

    BalasPadam
  38. teringin sgt nk ada bunga matahari sendri.last week beli benih helianthus di giant sbb tak jmpa sumber lain.balik2 terus tanam dlm pot guna tanah komposit.siram tiap2 pg n ptg, dh 3 ari buat mcm tu.menjadi ke klu buat mcm tu?atau wajib ikut cara Tuan?

    boleh ke saya amek blk benih tu n buat semula ikut cara tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga ikut cara Mz_BeAr, yang mana aja kita rasa serasi.

      Padam
  39. kalau saya amek balik benih tu n ikut proses tuan dari A semula blh ke?

    BalasPadam
  40. Dah tanam benih bunga matahari.. anak sy 9 thn yg tanam.. happy dia sbb 5 biji benih dah bercambah semua. Sy suruh dia rendam dgn air biasa je semalaman kemudian tanam. Lepas 2 hr bercambah.. tq tanamsendiri.com

    BalasPadam
  41. Berapa jenis variety sunflowers seed yang cik is jual yer? yang jenis sunflower greenheart dengan sunflower russian giant ada tak...nk try tanam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat masa ni yang ada stok ialah baka op, mixed colour dan sunspot.

      Padam
  42. masih ada x stok utk sunflower seed

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat masa ini ada baka giant, baka OP dan baka mixed colour.

      Padam
    2. price mcmana? takde dlm list bijibenih pon?

      Padam
  43. Assalamualaikum.. benih bunga matahari yg dibeli drpd tuan, nak berjaya keluar akarnya. Saya bercadang hendak alihkan nya nanti ke polybag sahaja nanti. Perlukah saya letak dalam takungan yg mengandungi air sedalam 3cm tu? Atau ada cara yg lain?. -samsina-taiping-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selepas alih, tak perlu rendam dalam takungan. Pastikan tanah lembap sedikit sahaja, jangan ada air bertakung.

      Padam
  44. kalau tak direndam & terus ke tapak semaian tanah boleh ke? saya tanam byk jenis biji benih matahari hari rabu(21/08/13)didlm pasu 3". Hari ke3 ada yg sudah mengeluarkan daun & ada yg belum, contohnya benih russian giant, mammoth, italian white, bee's knees, mexican, sungold/teddy bear & maximilliani, tapi tak pasti yg mana satu dah jadi.. sy gunakan tanah & pasir & sentiasa lembab. saya minta tunjuk ajar & teguran kalau ada salah dalam cara penanaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika tak direndam pun boleh. Tujuan merendam adalah untuk aktifkan benih supaya ia lebih cepat bercambah. Jika tanah serasi dan benih cepat bercambah, saya tak nampak keperluan untuk merendam benih.
      Saya syorkan untuk merendam kerana ada benih yang ambil masa lama bercambah jika tidak diaktifkan.

      Padam
  45. Terima kasih, Untuk benih bunga spt dahlia,cosmos, zinnia, cendula marigold brp hari paling lama benih tsebut untuk bercambah. Saya risau kerana sudah hampir seminggu benih2 tesebut belum bercambah. kalau boleh saya nak semai yg baru

    BalasPadam
  46. Saya nk beli benih Bunga Matahari, mcm mana Nak Bli?

    BalasPadam
  47. Untuk baka giant 10 benih. Yang lain 5. Ini kerana kadar cambahan benih baka giant agak rendah berbanding baka lain.

    BalasPadam
  48. ku mau ikut cba tnm. Beli bbt dmn ? mhn infmsi. hp 0813 244 678 27

    BalasPadam
  49. kalau nak cepat benih keluarkan akar cuba rendam benih 1minit lepatu letak dalam plastik 1 hari pasti keluar akar

    BalasPadam
  50. nak membeli benih bunga tapi mcm mana ya?

    BalasPadam
  51. nak tanya.. bekas semaian tu kita rendam sampai biji benih bercambah ka.. atau rendam sampai tanah lembab lepas tu kita letak tempat lain n kena siram hari2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rendam untuk lembapkan tanah. Bila tanah kering spray dengan air atau rendam semula.

      Padam
  52. En Iskandar.. saya baru try rendam benih matahari saya.. belum ada tanda2 utk benih bercambah.. sudah 12 jam saya rendam.. adakah perlu saya keluarkan dulu atau teruskan rendaman sampai ada tanda2 utk bercambah? Pagi tadi saya tgk yg timbul dan ada benih yg tenggelam...

    BalasPadam
  53. Cara paling senang...basahkan kertas tisu dgn air tapi jgn smpi banjir pulak..aturkan biji bunga matahari keatas kertas tisu dan lipat. Masukkn kertas tisu kedlm plastik lutsinar dan tutup plastik tu. Letak di tepi tingkap dapur. Dlm masa 2 ~ 3 hari akar akan keluar. Terus tanam dlm pasu semaian. Cubalah...kalu x tumbuh guna cara ni besar kemungkinan benih dah mati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika nak guna kaedah ni, Pastikan udara dalam plastik cukup sebab proses percambahan perlukan udara (oksigen) yang banyak. Satu lagi ketika handling benih akar rerambut mungkin rosak.

      Padam