Saya ada menerima permintaan agar saya postkan cara menyemai benih bunga matahari. Sebenarnya ada banyak kaedah menyemai benih bunga matahari. Berikut adalah kaedah yang saya gunakan.
Bahan-bahan/alatan:
Cawan gabus, air suam, bekas semaian/pasu semaian dan dulang takungan air, tanah organik/pasir+organik/tanah campur.
Kaedah Menyemai
1. Panaskan air. Campurkan 1/4 cawan air panas dengan 1/4 cawan air paip dan kacau supaya mendapat 1/2 cawan air suam.
2. Masukkan benih matahari dan rendam selama 24 jam. Pastikan benih tenggelam supaya air dapat meresap masuk di dalam biji benih.
3. Selepas direndam, keluarkan biji benih. Perhatikan hujung biji benih. Sedikit akar akan kelihatan keluar daripada hujung benih. Jika akan tidak kelihatan, dengan berhati-hati kupas kulit biji benih. Pastikan isi biji benih tidak tercedera. Perhatikan bahagian hujung. Terdapat pertumbuhan akar sedikit. Jika tiada pertumbuhan, kupas biji benih dan rendam semula selama 8 jam.Jika tiada perubahan pada biji benih (tiada tanda-tanda aktiviti percambahan, mungkin biji benih tidak bernas.)
| Benih mengeluarkan akar selepas 12 jam direndam. Jika akar tidak kelihatan, rendam semula selama 8 hingga 12 jam. |
4. Masukkan tanah organik, atau tanah pasir yang digaul dengan tanah organik, atau tanah campur daripada nurseri ke dalam sel dalam dulang semaian atau ke dalam pasu semaian.
5. Letakkan bekas semaian ke dalam dulang takungan dan isikan air ke dalam dulang tersebut supaya air meresap masuk ke dalam bekas semaian. Pastikan tanah lembap tetapi air tidak terlalu banyak.
![]() |
| Bekas semaian. |
6. Buat lubang dengan jari sedalam 3 cm dan masukkan benih yang telah direndam. Letakkan bahagian akar ke aras bawah.
![]() |
| Tanam dengan bahagian hujung di sebelah bawah. |
7. Timbus benih. Letakkan satu biji benih ke dalam 1 sel semaian. Kalau gunakan pasu semaian, letakkan 1 hingga 3 biji benih.
8. Benih akan bercambah selepas 3 hari disemai. Jika cambahan tidak kelihatan, keluarkan biji benih dan dengan berhati-hati kupas kulit biji benih. Tanam semula biji benih yang telah dikupas.
| Cambahan kelihatan selepas 3 hari disemai. |
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual


Wah..telitinya. saya main tanam je. Nasib baik tumbuh jugak..dah setinggi paras bahu anak dah tapi belum berbunga.benih2 Tuan Is bernas2 belaka..
BalasPadamAlhamdulillah. :)
PadamOwh... begitu rupanya kaedah pro semai... benih sy beli dgn tuan telah saya cuba semai dan Alhamdulillah... satu demi satu mula bercambah. Tgh cari tapak utk dipindahkan :D
BalasPadamAlhamdulillah nanti berseri laman rumah. Ada juga antara rakan yang buat kuaci dari biji bunga matahari. Kagum. :)
Padamterima kasih en.iskandar. info yang sangat berguna.saya ni pakai tanam je terus...;>
BalasPadamSama-sama. :)
PadamOoh.. Begitu caranya.. Terima kasih atas tunjuk ajar.. Kita gunakan cara ni juga ke untuk bunga2 dan pokok2 sayuran yang lain..?
BalasPadamsaya dah cuba buat rendaman seperti yang telah diajar tapi takde langsung tandatanda pertumbuhan akar...kenapa ya?
BalasPadamAda tak tanda2 bengkak pada hujung yg sepatutnya keluar akar?
Padamtakde...rupa dia sama macam sebelum rendam
BalasPadamCuba semai dulu. Saya kirim benih baru.
Padamsaya rendam dua-dua jenis bunga matahari yang saya beli tu tapi dua-dua takde pertumbuhan akar...benih matahari giant dan matahari mix color...nanti saya try semai dulu kalau tak tumbuh, saya inform encik lagi
BalasPadamkalau dah bercambah tapi tak dikeluarkan dari pot boleh ke? sebab rumah saya apartment tak berbalkoni
BalasPadamTiada masalah. Gunakan pot yang besar.
Padamsaya ada membeli benih b.matahari bulan lalu,dan saya cuba semai dengan teknik yang encik ajar,sampai sekarang benih saya tidak berhasil...kenapa ya????
BalasPadamBaizura pewrlu jelaskan apa yang baizura lakukan supaya kita dapat bantu. Bila dah tahu caranya nanti segalanya akan jadi mudah. Menyemai macam naik basikal juga, sekali tahu, terus ok.
Padamari tu saya ada beli benih b.matahari ni..lepas ja sampai kat saya terus rendam benih tu dengan air suam mengikut sukatan yang encik ajar tu,cukup 24jam saya tengok benih tu still mcm sblm rendam,dan saya biarkan lagi dalam 3/4 jam,masih mcm tu jgk,saya cuba kopek sedikit kulit benih tu tanpa mencederakan isi dlm dia dan rendam lagi,xda perubahan juga dan saya terus tanam kebekas semaian dan rendam kan bekas tu didlm air sedlm 3cm mcm yg diajar...sampai sekarang benih saya tidak nampak perubahan,,kenapa agaknya...
PadamSaya pun termenung juga ni memikirkan kenapa tak jadi. OK, macam ni, saya semaikan untuk baizura. Saya akan kirim benih separa bercambah sebagai gantian. Nak kirim pos biasa, Baizura jauh pasti ambil masa yang lama. Saya akan kirim melalui poslaju nanti. Bila terima benih Baizura coverkan kos pos laju.
Padamboleh..boleh,,
BalasPadamsaya betul2 teruja sgt dengan bunga matahari ni,,tiba2 tak menjadi pulak,,rasa hampa jugakla,,, bapa kos yang perlu saya bayar,,
Jangan kecewa, kan tanamsendiri tempat kita semua bergembira. :)
PadamUntuk penghantaran pos laju, RM6.
ok,,saya kena bank in dulu ke,,atau macam mana?
BalasPadamarap-arap kali ni menjadi la...
InsyaAllah menjadi. Bankin bila Baizura terima pekej.
BalasPadamok,tq.
BalasPadamtak sabar nak tunggu benih tu,,,
semalam saya korek semula benih yang saya semai tu,
tengok pada keadaan tu still tak berubah,cuma kulit dia nampak agak kembang,mungkin disebabkan berada dalam tanah lembab,,
tak mungkin benih tu rosak,,
BalasPadamsebab bila saya kopek kulit dia,tengok isi dia mcm elok ja,tapi kenapa tak menjadi,
pelik jugak,,dah lama dalam tanah tu masih macam tu.
Kalau kulit mula kembang tanda dah ada aktiviti.
Padamya ka ada,saya tengok kembang tu sebab terendam dlm tanah yang lembab,sebab tengok kat hujung kulit tu masih keras...
BalasPadamtak apa saya cuba tunggu lagi,tengok ada perubahan tak,,,
tapi encik tolong saya semaikan,saya rasa mcm tak yakin ja dengan benih yg saya semai ni,,
Tak mengapa. Jangan buang benih tersebut. Saya tetap akan semaikan dan kirim pada Baizura nanti. Harap bersabar.
PadamK.. TQ
BalasPadameenciikk,,,
BalasPadamnapa hasil tanaman saya tak menjadi lagi,,
sampai sekarang tak nampak perubahan pun,,,
apa yang patut saya buat???
semua benih perlu di renda, kah?
BalasPadamTak semua jenis benih perlu direndam
Padamslm sy berminat nk try tnam bunga matahari..blh bg almt detail or smting utk sy dptkan benih bunga matahari ni..
BalasPadamLihat panel kanan di bawah tajuk benih "Benih bunga untuk dijual". Gunakan paparan versi web. Jika gunakan paparan versi mobil, panel kanan tidak kelihatan.
Padamsalam en iskandar,
BalasPadamsemua benih yang dibeli sudah selamat diterima,
sy nak tanya..untuk benih b.matahari ni..sy rendam perlu tutup atau dibiar terdedah..
Manaana pun boleh. Cuma pastikan kalau rendam 24 jam, tukar air untuk mengelakkan benih reput.
PadamHati berbunga-bunga...akhirnya cambahan bunga matahari giant sy dah keluar selepas 11 hari semai...sy semai byk kali selepas kejadian benih reput ada ulat halus-halus, tanah terlalu mampat..bibik siram air pada benih terlalu banyak...adoi dugaan sungguh...:D
PadamMacam belajar kayuh basikal, lali pertama rasanya amat sukar. Lama kelamaan tiada masalah lagi
PadamHi, Ada lagi jual benih bunga matahari giant tak?
BalasPadamBuat masa ini belum ada stok.
Padamberapa lama biasanya bunganya muncul?
BalasPadamBiasanya putik bunga muncul 2 minggu selepas anak pokok dialih.
PadamSeronok rasa nak tanam pulak. Cuba cari dalam senarai benih untuk dijual masih tak ade?
BalasPadamBenih dah ada, saya akan posting semula benih bunga matahari.
PadamEn Is..saya rendam benih matahari tp x tggelam pun..ambil masa ke?
BalasPadamTak tenggelam sebab kulitnya yang kering mengandungi udara. Kalau terus terapung, pecahkan sedikit kulitnya supaya air masuk ke dalam benih.
PadamStill x tggelam..rasa mcm x jd je..nk kupas pon rasa takut benih rosak huhu
BalasPadamKalau begitu biarkan ia timbul. Kulit akan menyerap air secara perlahan-lahan dan akan lembapkan benih di dalam kulit tersebut. Tapi jangan rendam terlalu lama. Memadai bermalam, iaitu setakat 8 jam untuk mengelakkan benih daripada reput terkena serangan kulat. Esok terus semai.
PadamAdui..bukan kena rendam 24 jam ke en is?
PadamKalau dipecahkan, kurangkan waktu merendam untuk elakkan benih daripada lemas. kalau dibiarkan ia tenggelam sendiri, 24 jam.
PadamOK..doa2 benih saya menjadi la..
PadamInsyaAllah menjadi.
Padamkalau ada benih giant dan campuran.tolong maklum ye :).benih F1 tu giant ke,apa bezanya
BalasPadamYa ada ialah benih dari baka Giant tapi daripada bunga yang saya tanam sendiri. Dah kira benih pendebungaan terbuka (op).
Padamohh,tq.sebelum tu sy nk check stok benih yg sy beli 1.kobis,summer autumm 2.bunga matahari(OP) 3.kobis,bunga kobis,flocoli..... 4.garland crhysenthemum,tong ho choi 5.basil,thai basil. kalau beli 2pek rm4 boleh tk?
BalasPadamYa boleh.
PadamSemua benih ada dalam stok kami.
Padamen,is saya dah masukkan duit untuk pesanan di atas ,kalau dah habis stok saya pilih lain.benih yg sy kirim dah dpt ke belum?
PadamTerimakasih Nadia. Nanti susulkan pesanan melalui emel, bimbang takut terlepas pandang kalau ketika mengisi benih tersebut.
PadamYa saya ada terima kiriman benih.
insyaallah kalau ada benih lagi sy kirimkan.gunalah untuk mencari rezeki.:)
PadamTerima kasih, nadia.
Padamsama-sama.:)
Padamtakungan tu perlu diisi selalu ke?
BalasPadamYa, hingga benih bercambah. Lepas tu hanya kekalkan tanah supaya lembap, tapi jangan terlalu basah. Air pun jangan dibiar bertakung terlalu lama kerana bimbang menjadi tempat nyamuk bertelur.
Padamsemaian tu kena letak tmpt pns atau redup?
BalasPadamLetak tempat cerah, tapi tak direct sunlight.
Padamsaya rasa gembira sangat bila tengok blog nie!!!!
BalasPadamAlhamdulillah.
Padamsaya dah hntr emel untuk pesanan.
BalasPadamTerima kasih.
Padamsalam.,nak tanya.. benih ni ambil brapa lama untuk berbunga yer??
BalasPadam8 minggu.
Padamtrima kaseh
BalasPadamSalam. Ada benih lg ke bunga matahari ni? ni jenis yg giant tu ke? Terima kasih.
BalasPadamArif hasani.
E-mail: arifcomp82@yahoo.com
Sekarang yang ada hanya baka OP, iaitu baka dari bunga matahari giant yang mungkin dah cross-bred dengan baka warna bercampur dan baka sunspot.
PadamSaya da selamat menyemai. Perlu ke sy letak bekas di tempat teduh? Atau boleh terus kena direct sunlight?
BalasPadamSaya letakk tempat teduh dulu. Apakah perkembangan semaian tersebut?
PadamSalam En Iskandar,
BalasPadamNak tanya, benih bunga matahari giant ada lagi?
Saya nak beli 5 pek.
Terima kasih.
Ya, ada lagi.
PadamAs salam en is, benih ni ada lg x?
BalasPadamWaalaikum salam. Ya, ada lagi.
PadamAssalam encik is. Boleh x en is cadangkan benih yang senang bercambah dalam masa 2 minggu? Kalau boleh pokok bunga atau buah. Thx :)
BalasPadamKebanyakan benih yang disenaraikan bercambah dalam masa 2 minggu. InsyaAllah esok saya akan letakkan senarai lengkap.
PadamSaya baru terima benih bunga matahari dari tuan is semalam...x sabor nak tanam...
BalasPadamAlhamdulillah. Happy gardening.
Padamteringin sgt nk ada bunga matahari sendri.last week beli benih helianthus di giant sbb tak jmpa sumber lain.balik2 terus tanam dlm pot guna tanah komposit.siram tiap2 pg n ptg, dh 3 ari buat mcm tu.menjadi ke klu buat mcm tu?atau wajib ikut cara Tuan?
BalasPadamboleh ke saya amek blk benih tu n buat semula ikut cara tuan?
Boleh juga ikut cara Mz_BeAr, yang mana aja kita rasa serasi.
Padamkalau saya amek balik benih tu n ikut proses tuan dari A semula blh ke?
BalasPadamDah tanam benih bunga matahari.. anak sy 9 thn yg tanam.. happy dia sbb 5 biji benih dah bercambah semua. Sy suruh dia rendam dgn air biasa je semalaman kemudian tanam. Lepas 2 hr bercambah.. tq tanamsendiri.com
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamSama-sama.
Berapa jenis variety sunflowers seed yang cik is jual yer? yang jenis sunflower greenheart dengan sunflower russian giant ada tak...nk try tanam ni
BalasPadamBuat masa ni yang ada stok ialah baka op, mixed colour dan sunspot.
Padam