Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 3 Mei 2012

Bila Lagi Nak Semai Kangkung

Bulan ini sebelah petang hujan lebat hingga air bertakung.  Keadaan begini amat sesuai untuk tanaman kangkung kerana kangkung gemarkan air yang banya.  Dalam keadaan cuaca sebegini kangkung akan cepat membesar dan menghasilkian batang yang rangup.  Selepas 3 hingga 4 minggu disemai, kangkung sudah boleh dituai.  Enak dibuat ulam, dicelur dan dicicah sambal, atau dijadikan ramuan yong tau foo.  Gambar menunjukkan kangkung yang saya semai 10 hari yang lalu di dalam bekas plastik panjang menggunakan tanah campur.  Kangkung ini saya kira terabai kerana saya tidak pernah menyiramnya.  Mujurlah hampir setiap petang hujan.

Rakan-rakan juga boleh menikmati kangkung segar dengan menanam sendiri.  Benih boleh diperoleh secara percuma daripada blog ini. :) 




Pautan Benih Kongsi Bulan Mei (Kangkung)
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

12 ulasan:

  1. salam tuan is, dari mana datangnya benih kangkung? saya ada juga tanam kangkung, tapi xpernah nampak benihnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila kangkung berbunga, ia akan berbuah. Kalau dibiarkan buah terus berkembang, akan terdapat benih. Benih ini boleh disemai.

      Padam
  2. saya dapati tanaman kangkung saya ada tompok2 seperti karat. makin lama tompok itu semakin besar. adakah ia satu penyakit?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya perlu lihat rupa tompok tersebut. Kalau dapat, kirimkan gambar tompok tersebut ke emel saya. [email protected] sebab ada beberapa kemungkinan.

      Padam
  3. Di rumah saya baru smlm hujan turun, kebetulan pula agak lbt. Sblm ni blh dikatakan tiada hujan, maka semaian saya dlm tray semaian agak mudah bercambah kerana pg saya siram kemudian letak di tpt mudah dpt cahaya matahari pg tetapi terlindung dpd matahari tgh hari yg terik. Blm sempat ambil gambar terkini semaian yg dibuat tp cambahan bunga matahari beli dpd En Is menggalakkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Gembira bila baca benih yang dikirim menjadi. :)

      Padam
  4. salam, kangkung ni bleh tak di tanam dalam beks yang tak ditebuk macam baldi tu...

    BalasPadam
  5. Untuk tanaman kangkung tiada masalah. :)

    BalasPadam
  6. Saya cuba semai dlm tray semaian dan buat ala2 rendam biji benih... mula ada perubahan selepas 24jam... masih memerhati perkembangan sbb masih baru dlm hal ni ;)

    Gambar biji benih berkenaan: http://www.baguznet.com/wp-content/uploads/2012/05/IMG_92881.jpg

    BalasPadam
  7. salam,

    wawa pun ada tanam kangkung. seronok bila tengok daunnya mula menghijau. benihnya wawa beli di tesco.

    BalasPadam
  8. Assalam
    Sy ada tnam pokok kangkung tp dr hasil batang sayur kangkung.. Malangnnya.. Bila pokok tu bertunans.. Tak smpai beso.. Mst layu dan mati.. Lebihan air ker blh myebabkn pkok mati? @ tak ckup air?.. Sy tanam dalam pot panjang..pasu.. Tapi tak leh gak membesar.. Knp ye? Penchyaan wkt pg je kna mthari.. Ptg xkna..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin sistem akar gagal membentuk dengan sempurna.
      Guna tanah apa?

      Padam