Nak Letak Apa Kat Dalam Tong?
“Letak tinja lembu ker?”
Ish tak lah. Kan nak letak kat bawah singki kat
dapur. Tak kan nak letak tinja
ternakan. Kita letak tempat cacing boleh rehat sambil jamah sisa makananlah. :)
Bedding, iaitu tempat cacing rehat
Untuk bedding kita akan letak
lapisan kertas dan lapisan tanah topsoil. Lapisan tersebut di
selang seli. Kertas yang boleh digunakan
ialah kertas suratkhabar. Jangan guna
kertas majalah yang berkilau (glossy) atau kertas fotostat. Bimbang cacing tanah sakit perut. Errr, cacing ada perut ker? Tak derlah macam perut kita. Salur jer....
Kertas surat khabar, tisu atau mana-mana
kertas newsprint boleh digunakan.. Kemudian
dilapiskan dengan tanah dari lapisan atas (topsoil). Itu pun jika anda gunakan cacing tanah dari
jenis Lumbricus. Kalau guna cacing merah
Foetida (ada yang panggil cacing tinja atau cacing harimau), tidak perlu letak tanah.
Bedding kertas suratkhabar akan digunakan sebagai penunjuk. Bila semua kertas suratkhabar hancur dan
kelihatan seperti serbuk kopi, maka kandungan tong boleh digunakan sebagai baja vermikompos.
Menyediakan Kertas Suratkhabar
Cacing tanah tidak dapat makan
dan cernakan kertas suratkhabar yang tidak disiat dan kering. Siat kertas suratkhabar menjadi jalur lebar 1
hingga 2 cm. Kemudian rendamkan jalur kertas
suratkhabar di dalam air (di dalam baldi).
Keluarkan jalur kertas suratkhabar dan perah dengan menggenggam jalur
dalam bentuk gumpalan hingga kertas menjadi lembap tetapi tiada air
terkumpul. Lapisan kertas suratkhabar
akan dijadikan tempat cacing berehat.
![]() |
Siat kertas suratkhabar menjadi jalur. |
Lapisan Tanah
Pilih lapisan tanah daripada
lapisan atas (topsoil) atau tanah
tempat cacing diperolehi. Tanah
diperlukan untuk cacing untuk berehat sambil menyesuaikan diri dengan tempat
yang baru, iaitu tong cacing. Kadang-kadang,
apabila cacing tercedera, ia akan masuk di dalam lapisan tanah untuk berehat
sehingga ia pulih kembali. Lapisan tanah
juga diperlukan untuk cacing berlindung apabila makanan yang dimasukkan tidak
sesuai, misalnya terlalu berasid.
Bedding Tong Cacing
Susun lapisan bawah dengan kertas
suratkhabar lembap kira-kira 1.5 inci (4 cm).
Kemudian masukkan satu lapisan tanah sehingga 1.5 inci (4 cm). Kemudian lapiskan dengan kertas suratkhabar
lembap kira-kira 1.5 inci diikuti dengan satu lapisan tanah. Jadi terdapat 2 lapisan kertas suratkhabar
lembap dan 2 lapisan tanah.
![]() |
Masukkan kertas dan tanah dalam bentuk lapisan. |
Lembapkan Bedding
Kemudian sembur (spray) bedding dengan air kira-kira setengah liter untuk lembapkan serta
sejukkan kandungan medium.
Anda sedia untuk masukkan cacing
tanah di dalam tong.
Bersambung...
Salam Tuan,
BalasPadamAdakah tidak kira berapa tinggi dan besar tong yg digunakan, kita hanya perlu sediakan 4 lapisan sahaja untuk tujuan belaan ini? Atau 4 lapisan adalah minima, boleh buat sehingga separas 1/3 tinggi tong, umpamanya?
Owh, kita mulakan dengan 2 lapisan kertas dan 2 lapisan tanah di peringkat awal. Sisa makanan akan ditambah setiap hari, nanti bekas akan hampir penuh. Tong ini di letak di dapur atau di luar rumah berdekatan dengan dapur digunakan untuk menguraikan sisa dapur.
Padamsalam tuan..so kalau mcm tu 2 lapisan kertas dan 2 lapisan tanah sudah memadai kalau mcm ni..tidak kira lah guna tong yang mana pon...asalkan letak 2 lapisan kertas dan 2 lapisan tanah..betol ke?
PadamYa, betul tu.
Padamsatu lagi tuan..kalau guna kotak kasut boleh jugak ke digunakan utk vermicompost?
PadamSebagai bahan kompos, boleh, tapi sebagai bekas tak sesuai.
Padamdengan kandungan lembapan yang tinggi pada medium dan sisa dapur yang bakal diletak, ada kemungkinan tak kulat akan tumbuh pada sisa sayur/buah tu nanti?
BalasPadamLembap, gelap dan kaya dengan nutrien. Perfect untuk pertumbuhan kulat. Ya, kemungkinan besare kulat juga akan tumbuh. Ia tiada masalah sebab ia akan cepatkan proses penguraian. Tujuan kita adalah untuk tukar bahan organik menjadi baja.
Padambest..panduan sgt praktik.. kena atur utk mula
BalasPadamRamai antara rakan rakan dah mula buat vermicomposting. Banyak manfaatnya.
Padam