Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 5 Mei 2012

Bela Cacing Untuk Baja, Bahagian 7 daripada 20


Sebenarnya. Tujuan artikel ini adalah untuk menunjukkan cara bela cacing secara indoor.  Ya, di dalam rumah di bawah singki dapur untuk tujuan menghasilkan baja kompos (vermicompost).  

“Alamak ini sudah lebih.  Bela cacing kat dapur? Kan kotor tu?”

Tak lah, lagipun cacing tanah dibela di dalam tong plastik yang bertutup.  Bahan makanan pula, sisa dapur.  Jangan pula letak tinja arnah atau tinja kambing kalau bela bawah singki.  Memadai guna sisa dapur.  Ok, ok balik semula pada topik kita. 


Apakah yang diperlukan?
1. Tong plastik bertutup bersaiz besar.  Tong sampah plastik juga boleh digunakan.  Ikut kesesuaian dan ruang bawah singki.  Gunakan jenis yang legap.  Kacau jenis lutcahaya, tak menarik letak bawah singki. 
2. Gerudi (drill) dengan mata gerudi bersaiz ½ inci atau alat lain yang boleh digunakan untuk menebuk lubang pada tong plastik dengan diameter ½ inci.
3. Kertas surat khabar lama.  Kertas dengan permukaan glossy tidak sesuai digunakan.
4. Cacing tanah (sebanyak mungkin yang boleh diperolehi).
5. Tanah dari tempat cacing diperolehi.
6. Sisa dapur yang belum dimasak.  Sayur, sisa buah-buahan, kulit telur boleh digunakan. 

Bersambung... 

6 ulasan:

  1. lubang yg perlu dibuat itu di bahagian mana nak dibuat tu tuan? di bahagian yang bawah tong, tepi tong yg separas dgn tanah yg akan diisi, atau di bahagian paras atas tanah yg akan diisi?

    Apa pula kesannya kalau lubang lbh besar dpd yg disyorkan itu?

    Kalau kaedah hampir serupa cuma tong tiada penutup dan diletak di luar rumah yg terhindar dr sinaran mentari dan hujan blh juga ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedudukan lubang akandiincangkan nanti. Satu posting khas untuk topik tersebut. Lubang yag telalu besar boleh menyebabkan tanah atau vermicompost tumpah nanti. Lagipun cacing tanah mungkin "lari" melalui lubang yang terlalu besar.

      Boleh juga. Kalau makanan cacing mengandungi tinja arnab, kambing atau lembu elok diletakdi luar rumah walau pun menggunakan tong plastik. Untuk dapur gunakan sisa dapur yang belum dimasak sahaja.

      Padam
  2. Tuan,
    "Gunakan jenis yang legap. Kacau jenis lutcahaya, tak menarik letak bawah singki."
    Adakah bermakna sebenarnya boleh juga guna tong jenis lutcahaya, kalau kes letak tong di luar rumah.
    Ada sbrg kesan tak kalau tong mungkin terdedah pada cahaya matahari pada waktu tertentu, contoh sblh pg/ptg (bukan sentiasa terdedah dr pg hingga ptg)

    Seperkara lagi, sisa yg blm dimasak sahaja bermakna nasi tidak sesuai digunakan dalam kes, betul ye?

    BalasPadam
  3. Gunakan bekas legap. Cacing tanah benci cahaya. Nasi atau ubi massk yg tidak bercampur boleh digunakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh ye, night crawler... nanti semua pakat sorok, x jadi vermicompost :D

      Padam
    2. Kalau keadaan tak sesuai, misalnya kelembapan, medium, cahaya dan suhu, cacing akan "lari" ke tempat yang lebih sesuai. Saya akan tunjukkan cara menentukan kedaan sesuai untuk cacing tanah.

      Padam