Jika ingin cepatkan kadar cacing tanah menguraikan bahan
organik, boleh gunakan kaedah gali supaya permukaan tanah yang terdedah pada
timbunan keratan daun dan rumpai lebih luas.
Rajah berikut menunjukkan saiz serta lubang yang sesuai untuk
mencepatkan proses penguraian bahan organik di atas tanah. Kebiasaannya bila digali begini, lebih banyak
cacing tanah akan berkumpul untuk memakan sisa organik.
Gali lubang sekurang-kurangnya 45 cm (1.5 kaki). Kemudian isikan lubang dengan bahan organik, misalnya keratan rumpai. Jangan isi dengan makanan yang telah dimasak kerana ini akan mengundamng lalat dan tikus. Kemudian tutup timbunan dengan satu lapisan tanah, kira-kira 4 cm.
![]() |
Menguraikan bahan organik dengan menggali lubang. |
Selepas seketika, cacing tanah akan mula berkunjung dan memakan bahan organik. Bahan organik yang telah dicerna akan terurai menjadi baja organik atau kompos.
![]() | |
Cacing tanah membantu menukarkan bahan organik menjadi baja organik. |
Anda juga boleh menggali lurah sedalam 60 cm (2 kaki) dan isikan bahan organik sebagaimana rajah berikut. Tutup bahagian atas timbunan bahan organik dengan lapisan tanah.
![]() |
Menguraikan bahan organik dengan menggali lurah. |
Cacing akan memasuki lapisan tanah dan mula memakan timbunan bahan organik menghasilkan baja organik atau kompos.
![]() |
Bahan organik diuraikan oleh cacing tanah menghasilkan baja organik. |
Untuk pastikan lubang sesuai untuk cacing tanah, siram disekeliling lubang atau lurah untuk melembapkan tanah. Baja organik akan terhasiil dalam masa 1 hingga 4 bulan.
Pautan Terdahulu, Cara Bela Cacing
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
saya ada buat macam rajah yang kedua tu, oleh kerana selalu hujan ia seolah olah menakung air. tapi masih lagi terurai rumpai tu malah lagi cepat.
BalasPadamYa, kalau tanah lembap penguraian lagi cepat. Bukan sahaja cacing tanah, organisma lain juga akan galak menguraikan bahan organik. Kalau kering dan panas, cacing tanah akan pindah ke tempat yang lebih sesuai.
Padam1 - 4 bulan lama tu nak tunggu.
BalasPadamYa, lama. Walaupun begitu, berbaloi. Baja organik dibuat cara ini membantu pertumbuhan tanaman di tahap "luar biasa." Ceh macam MLM lah pulak!
PadamEn.Is, minta senaraikan 'isi' bahan organik... rumpai yang macam mana yg boleh / sesuai kita gunakan... perlu keringkan terlebih dahulu atau boleh terus guna keratan daun yg baru dipotong...
BalasPadamsbb sy selalu perasan rumput2 yg selepas dipotong/mesin jika dibiarkan diatas tanah, cebisan akar pokok boleh tumbuh hidup semula...
TQ
Senarai akan diletakkan. Senarai adalah berdasarkan pengalaman.
Padam