Setelah seminggu 'rehat' menulis, InsyaAllah minggu depan saya akan siapkan siri artikel bela cacing. Artikel tersebut disasarkan kepasda rakan yang ingin menggunakan cacing tanah sebagai agen pengurai lebihan dapur. Oleh kerana gambar yang diambil ketika membela cacing dahulu terbeku di dalam portable harddisk yang tidak reliable, ilustrasi yang akan digunakan adalah hanya dalam bentuk lakaran. Walaupun begitu saya berharap artikel tersebut akan dapat dimanfaatkan.
Selain dari itu, siri artikel seterusnya adalah seperti berikut:
Menilai Tanah
Mengendali Tanah Untuk Menanam Sayur
Baja
Cara Menggunakan Baja
Penyediaan Batas
Membuat Kompos (akan dibaiki daripada artikel sebelum ini)
Tanaman Yang Meningkatkan Mutu Tanah
Menggunakan Sungkup organik
Merancang Tanaman
Tentang Benih
Cara Membuat Benih
Menyemai Benih
Penyediaan Tanah Untuk Bekas
Menyiram dan Sistem Irigasi Tepi Rumah
Rumpai dan Merumput
Makhluk Perosak
Setiap topik akan dipecahkan kepada 10 hingga 20 posting mengikut kesesuaian. Saya rasa ia akan cukup sehingga hujung tahun ini. :)
Mengenai artikel cacing, saya memang berminat nak bela cacing cuma dari segi apa yang saya baca, nampaknya hajat itu susah sikit nak kesampaian. Dalam rumah saya hanya ada 2 orang je. Kami banyak membeli berbanding masak sendiri. Tak banyak bahan makanan yang boleh diberikan kepada cacing. Takut mati kelaparan pula mereka nanti.
BalasPadamTak sabar nak baca artikel-artikel en Is lagi.
He he. Untuk bahan yg bakal dikompos oleh cacing, tak boleh beri sisa makanan yg telah di masak.
Padam