Halaman

Cari Blog Ini

Ahad, 13 Mei 2012

Alatan -- Pemotong Rumput Elektrik

Pemotong rumput elektrik, jenis tanpa wayar memudahkan kerja memotong rumpai.  Pada pendapat saya, ia amat berguna jika rakan-rakan yang menghadapi masalah CTS akibat kerja-kerja menaip.  Ia mengembalikan keseronokan bertanam pada rakan-rakan yang menghadapi masalah CTS atau sakit sendi kerana penggunaan gunting untuk memotong rumpai amat menyakitkan pergelangan tangan.  Untuk keselamatan, jauhkan alat ini daripada kanak-kanak.

Pemotong Rumput Elektrik.

Beginilah rupa Pemotong Rumput Elektrik.


Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

13 ulasan:

  1. wah, saya tak tau pun ada alat pemotong rumput yang ringkas macam ni. nak beli juga lah, jimat sikit dari upah orang potongkan. nak pakai gunting pun tak larat dok mencangkung keliling rumah heheh ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok utk yang bermasalah pergelangan tangan. Rumpai membuatkan bertanam kurang seronok sebab merumput bokeh menyebabkan pergelangan tangan. Alat ni membuatkan bertanam seronok kembali.

      Padam
  2. Boleh saya tahu di mana dan berapa harga en.iskandar beli alatan ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada jenama terkenal dan sangat elok. Harganya antara RM200 hingga RM300. Saya beli jenama murah keluaran Tesco. Harga RM120+. Bolehlah... :)

      Padam
  3. Jenis tanpa wayar? Menggunakan bateri ke En Is? Kalau guna bateri, lama ke ketahanan bateri dia ni? Yang pernah nampak yg ada wayar tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Model tanpa wayar lebih selesa digunakan. Perlu cas dulu. Cuma perlu letak di tempat selamat kalau ada kanak-kanak. Walaupun ada safety lock, bimbang juga.

      Padam
    2. Betul tu dan rasanya lebih elok kalo blh dicabut baterinya bila tak digunakan, utk langkah keselamatan tambahan. Pemotongnya guna 'tali' ke tuan? Buat masa ni saya perlu mengorek buang dulu rumput2 yang ada, memotong rumput ini tidak memberi kesan memberangsangkan untuk saya bercucuk tanam :D

      Padam
    3. Tak, pemotongnya guna konsep macam gunting. Ia digerakkan oleh roda yang bersambung ke motor. Alat ini hanya menggantikan gunting untuk potong. Kalau nak maintain rumput dan rumpai pada suatu aras. pastinya cara terbaik adalah cabut rumpai.

      Padam
  4. Tuan, dah macam mesin untuk potong rambut la pula.. :)

    BalasPadam
  5. Kena beli satu ni... senang nak memotong rumput... ini tak, guna gunting... penat tangan...

    BalasPadam
  6. saya pun nak cari mesin ni. apa nama mesin ni kalau kat Tesco? supaya senang sya nk bgtau staff kt Tesco tu nti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia dipanggil Grass Shear and Trimmer. Biasanya orang panggil Grass Clipper aja.

      Padam