Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 26 April 2012

Tuaian Hari Ini -- Terung Pendek, Roselle dan Bendi Singa

Hari ni pagi-pagi lagi petik sayur buah.  Tomato tak semmpat diambil gambar, Puteri dah makan, sampai benih terlekat kat dahi.  Petangni boleh lah rasa gulai daging dengan terung dan bendi. :)

Puteri dengan tuaian hari ini.

Roselle, terung pendek, dan bendi singa pembuka selera hari ini.

Hah, patutlarr tomato hilang!
Mmmmmm best nyer tomato ni....


16 ulasan:

  1. hemm segarnye tomato ni..untung nye puteri, punya papa pandai bertani..wahh jeles ni.hehehe.

    BalasPadam
  2. Wah, gulai daging.. Sedapnya.. Hehe..

    Mesti manis tomato tu, tengok Puteri ratah macam tu je :).. Terliur lak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tomato ranum sebiji aja, tak merasa lah orang lain. Puteri petik aja, terus makan. Tak sempat basuh. Nasib baik tak sembur apa-apa.

      Padam
    2. Tu yang bagus tanam sendiri secara organik.. Bebas dari racun² kimia :)..

      Padam
  3. Bendi Singa tu saya teruja la tengok.. Besar.. Rasa bendi singa ni ok x tuan? Pokoknya pula macam mana dari segi ketinggian dan cara penjagaan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bendi singa best sbb besar :D
      pokoknya kalo x silap biasa je tingginya, rasanya pun sedap juga...

      Padam
    2. tengah komen ni sambil menikmati bendi singa sulung-sebiji ja pun. saiz besar juga tapi lembut. saya ingat dah berserat dah. rupanya ok ja... sedapp...

      Padam
  4. sebelah utara esp kedah memnng kat pasar jual bendi2 singa nii.species besar. tapi sebelah selangor/kl sana bendi kecik dan hijau kan.

    puteri tu nanti kulit mesti cantik..dah anak dara nanti tak payah beli produk macam2 dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelah KL tak popular sebab professional grower tak mahu tanam. Alasan mereka, peniaga yong tau foo tak mahu beli. Rugi sebab kena isi stuffing banyak. Macam-macam...

      Padam
    2. haha.. ye la besar. nanti rugi.. saya dari kecik kenal yg species besar. bila keluar dunia baru jumpa bendi "KL" :)

      Padam
    3. saya pulak tak gemar kan benda besar panjang macam bendi singa ni... sbb bila nak masuk dlm gulai/kari kena potong-potong... kita suka kalau dalam kari ikan tu biar sebiji-sebiji - puas makan... hehehe... ^_^

      Padam
  5. seronok tengok hasil... saya pun seronok juga tengok hasil sendiri...hehe

    semenjak mengalih pokok2 dari polibeg ke tanah, banyak hasil keluar terutama terung.... memang tahan panas terung ni...

    bendi pula beli benih dari mardi, dah banyak kali nampak hasil... rupa seperti bendi singa dari segi warnanya.... saiznya belum tahu sebab bendi singa yang ditanam(belian pertama dulu) hanya satu je hidup.... sekarang buah tengah membesar....ntah kenapa agak sukar menyemai bendi singa ni... kebanyakkan semai mesti tak menjadi...yg baru disemai pun tumbuh 2 daripada 6 biji... mungkin medium semaian tak elok....

    ingat nak tambah lagi koleksi pokok bendi dan terung...tak lupa juga tomato....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanah rumah saya pulak bendi ni hidup. saya semai terus atas tanah ja.. terung lak tak hidup. atas tanah ke dalam pasu ke :(

      Padam
    2. itulah cabaran menanam.... tapi bila dah nampak hasil, segala penat jerih dan kepenatan menunggu seolah2 terbayar dan rasa puas....

      Padam