Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 13 April 2012

Tuaian Hari Ini -- Sawi Bunga, Wang Bujang

Seeloknya, sawi disemai sertiap satu atau dua minggu sekali supaya bekalan sawi tidak putus.  Itu kalau ada cukup ruang.  kalau kurang ruang boleh guna kaedah kerat dan tumbuh lagi.  Ketika tuai, jangan cabut sawi, tapi kerat batang kira-kira 2 inci dari tanah.  Jika selepas dikerat batang sawi berulat akibat serangan `makhluk perosak, buang batang pokok tersebut supaya larva makhluk tersebut tidak berjangkit ke pokok sawi yang lain.
Tuaian hari ini, nampaknya sebahagian akan jadi salad untuk Puteri.  Bakinya akan dibuat ulam untuk makan tengah hari selepas Jumaat nanti.

Nanti kita tanam banyak-banyak ya!

Yang ini Puteri nak makan dengan salad dressing!

2 ulasan:

  1. sabar je la tengok sayur yang segar bugar ni....ditambah lagi kecomelan puteri....hehehehe

    BalasPadam