Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 3 April 2012

Tuaian Hari Ini -- Kobis

Walaupun mempunyai daun yang terbuka dan warna daun yang hijau, rasa kobis ini tetap enak.  Daunnya rangup dan meaty.  Oleh kerana kobis menjadi kegemaran makhluk prosak, saya rendam dulu daun sebelum dimasak, manalah tahu kalau ada makhluk perosak yang masih terlekat pada daun. Kobis ini dimasak dalam nasi goreng untuk sarapan hari ini. Mmmmm enak.

Daun kobis.

8 ulasan:

  1. tak sabar nak tunggu kobis saya membesar....huhu.. rasanya da nak masuk empat bulan da....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikutkan pengalaman yang lalu, 5 bulan dah boleh tuai. :) InsyaAllah.

      Padam
    2. menunggu dengan penuh kesabaran...huhuhu

      Padam
    3. He he. Sebenarnya kobis adalah tumbuhan dwitahunan (biennial). Maksudnya, untuk kitar hidup yang lengkap mengambil masa 2 tahun.

      Padam
  2. ada orang komen pasal kelopak kobis di FB saya... katanya kelopak kobis yg sudah berwarna hijau kurang elok untuk dimakan... benarkah itu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini jawapan nya... saya copy paste : jgn mkn tiap2 hari la maria, dlm sminggu ni mkn sx jer, kobis ni ada sjnis gas yg dlpaskn jika kita ptong pokok nya. jika dlihat wktu mlm dgn kmera khas nmpk mcm fire fly, ini sistem amarn pokok kobis yg dptong kpd "kwn2"nya. pelik kn....vit K dlm kobis ni xle dambil trlalu byk nnt ble mnybbkn hemolisis sel drh mrh n utk wnita kobis ni ble mnybbkn kputhn, so ambkla sx skala jer bkn xle mkn.....

      Padam
    2. Lepas baca ullasan ni saya buat bacaan mendalam tentang kobis. Kobis baik untuk kesihatan. Ia dapat mengurangkan kemungkinan terkena kanser kolon, kaya dengan antiolsidan dan kaya dengan beberapa vitamin. Kobis hijau kaya dengan vitamin E, baik untuk kulit. Cuma, ia tidak membekalkan nutrien yang lengkap, jadi jangan makan kobis sahaja.
      Kalau ada penyakit goiter, jangan makan terlalu banyak kobis kerana Vitamin K yang berlebihan mungkin akan menghalang badan daripada menyerap iodin.
      Keputihan dalam wanita adalah candidaiasis, iaitu jangkitan yis, iaitu jenis mikroorganisma kulat. Ia boleh berlaku apabila badan kekurangan Vitamin K, dan kobis membekalkan vitamin K.
      Jadi pernyataan tersebut adalah tidak benar.

      Padam