Semalam dah tuai terung pertama untuk musim ini. Alhamdulillah masih banyak putik terung muncul menandakan sayur buah ini akan menjadi satu dari menu kami untuk beberapa minggu ini. Buat masa ini hanya beberapa jenis terung pendek sahaja ditanam. Terung telunjuk baru sahaja dialih, mungkin sebulan lagi baru akan membuahkan hasil.
 |
Pitik buah ini dah mencecah 3 inci. Lagi seminggu bolehlah dituai. |
 |
Terus jenis ini mempunyai pankal yang lebih rata. Buahnya lebih lebar. |
 |
Semua pokok dalam bekas depan rumah dah berputik. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan