Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 18 April 2012

Tentang Bela Cacing Tanah Untuk Baja

Saya ada terima permintaan daripada beberapa orang rakan untuk bercerita tentang cara bela cacing tanah untuk buat baja, vermicompost. Perhatikan saya guna perkataan bela dan bukan ternak. Ini kerana perbincangan tersebut adalah untuk mnghasilkan baja untuk penggunaan di rumah, dan bukannya secara komersial. Saya pernah bela cacing tanah biasa tidak lama dulu. Hasil buangan cacing tersebut (vermicompost) dijadikan baja. Ia amat sesuai untuk tanaman sayur daun. Sebahagian daripada baja yang dihasilkan saya kongsi dengan kawan.  Selepas ambil satu baldi, dia datang lagi minta nak beli.  Bila saya berkunjung ke rumahnya, terkejut melihat transformasi tanaman di rumahnya.  Amat subur!  

"Kawan-kawan minta beli." katanya.

Pada pendapat saya, ia hanya sesuai untuk rakan-rakan yang tidak penggeli, yang ada membela arnab atau kambing, atau ada lebihan dapur yang banyak. Bela cacing memang ada kelebihannya, dapat baja, sisa dapur tidak membazir dan dapat bekalan umpan untuk memancing di tasik atau kolam. 

 Saya boleh bercerita dengan kaedah yang saya telah gunakan, tapi tiada gambarfoto kerana koleksi gambar tersebut telah hilang, bila external harddisk rosak. Inilah kelemahan menyimpan data dalam portable harddisk. Perkakasan tersebut mengandungi bahagian mekanik yang tidak tahan lama. :(

6 ulasan: