Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 16 April 2012

Tanam Sendiri -- Markisa, Passiflora edulitis


Markisa adalah dari keluarga Passiflora yang berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Latin.  Jenis buah ungu dikatakan mempunyai rasa yang lebih enak jika dibandingkan dengan jenis buah kuning.  Isi dari buah yang ranum berwarna kuning, masam seperti limau oren.  Buah markisa kaya dengan Vitamin C, Vitamin B1, B2, Beta Karotena, Besi, Fosforus, Kalsium dan serat.  Isi buah markisa enak dibuat jus, jem atau aiskrim.
Pokok Markisa memanjat menggunakan sulur paut.  Ia memerlukan pancang dan para.

Penyediaan Tanah
Pokok Markisa tumbuh subur dalam pelbagai jenis tanah dengan saliran yang baik dengan nilai pH 6.0. Ia sesuai ditanam di atas batas.  Gemburkan tanah.  Gaulkan tanah dengan 1 kg tinja lembu atau tanah organik.  Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum menanam anak pokok markisa.

Cara Menyemai
Markisa boleh ditanam menggunakan biji benih atau menggunakan keratan batang.  Jika ingin tanam dari keratan batang, gunakan batang yang separa berkayu dengan garispusat saiz pensel dengan dua mata tunas.  Semai dalam tanah yang kaya dengan bahan organik, serta jumlah tanah liat dan pasir yang sama banyak.
Jika semai menggunakan biji benih, semai dua biji benih di dalam polibeg saiz 10 cm X 15 cm.  Benih akan tumbuh selepas 2 minggu disemai.  Kerat anak pokok yang lemah.  Gunakan tanah yang kaya dengan bahan organik.  Anak pokok sedia untuk dialih apabila tinggi mencapai 15 hingga 23 cm.

Cara Menanam
Gali lubang sedalam 30 cm.  Jarakkan antara pokok dengan garispusat 3 m.  Boleh laraskan ruang mengikut pancang dan para.  Jarak antara pokok mempengaruhi hasil tanaman.  Dalam kajian yang dilakukan dengan tanaman di tanah beris.  Tanaman menghasilkan buah paling banyak dean paling besar menggunakan jarak 1.2 m X 3.1 m.

Pancang dan Para
Dalam penanaman merkisa secara komersial, para mendatar beberbentuk T digunakan.  Dalam pancang mencacang pula, satu siri tiang 7.5 cm X 10 cm setinggi 2.5 m dipacak dengan jarak 3 m dalam barisan.  Tiang ditanam sedalam 60 cm dan tiga dawai (galvanised wire) nombor 11 diregangkan sepanjang barisan.  Satu dawai di bahagian atas tiang, satu dawai 50 cm di bawai dawai pertama dan 50 cm di bawah dawai ke dua.  Dawai di lalukan melalui lubang di tengah tiang.  Hujung dawai diregangkan supaya dapat menampung berat tanaman dan buah.  Setiap para (dawai) adalah sepanjang 100 m dipasang dari arah yang mendapat cahaya suria sebanyak mungkin.

Melatih dan Memangkas
Batang pokok diikat pada dawai pancang supaya tanaman cepat memanjat tiang.  Empat pokok ditanam berdekatan.  Apabila pokok mencecah dawai, ia dilatih supaya tumbuh ke kiri manakan pokok yang satu lagi tumbuh ke kanan.   Pangkas bahagian ranting yang tumbuh di atas tanah.

Membaja
Dalam penanaman komersial, baja CCM 65 digunakan jika tanah pendalaman, misalnya tanah liat.  Baja CCM 45 digunakan jika tanah beris.  2 kg baja organik digunakan bagi setiap pokok dalam setahun jika pokok ditanam di tanah beris.

Pembajaan adalah seperti berikut.

Tanah liat,
Tahun pertama,  300g setiap pokok, 3 kali setahun.
Tahun kedua, 450g setiap pokok, 2 kali setahun.
Tahun ketiga dan seterusnya, 450g setiap pokok, 2 kali setahun.  

Tanah beris,
Tahun pertama,  350g setiap pokok, 3 kali setahun.
Tahun kedua, 1000g setiap pokok, 3 kali setahun.
Tahun ketiga dan seterusnya, 1000g setiap pokok, 3 kali setahun.  

Merumput
Buang rumpai dengan garispusat 0.5 m di sekeliling pangkal pokok.

Mendebunga
Pendebungaan bersilang antara pokok adalah penting supaya buah lekat.  Ini biasanya dilakukan oleh serangga pendebunga (2.5 hingga 4.5% bunga lekat).  Untuk tingkatkan hasil, debunga secarta manual (90% bunga lekat).

Buah Markisa yang lekat.

Pengairan
Kemarau menyebabkan daun dan bunga luruh.  Gunakan sistem titis.

Makhluk Perosak dan Penyakit
Makhluk perosak utama ialah lalat buah.  Kulat serta virus juga sering menyerang pokok.  Kebiasaannya kulat dan virus dibawa oleh bena.

Menuai
Pokok mula berbunga ketika berumur 12 bulan.  Bagaimanapun pokok hanya akan berbuah lebat sel;epas berumur 2 tahun.  Pokok berbuah sepanjang tahun tetapi paling lebat pada bulan Januari dan September.

10 ulasan:

  1. Alhamdulillah... sejak burung bersarang dan kini telah pun terbang mencari rezeki, ditinggalkan rezeki utk keluarga saya pula... kini pokok dah mula berbunga... ada juga buah yg tak sedar ada 2-3 biji sebesar saiz bola golf. Tgh tggu bagaimana rupa bila dah masak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang saya tanam rasanya enak (tapi sangat masam), seperti oren yang sangat pekat. Bila di buat sorbwt (aiskim) amat sedap.

      Padam
  2. dah lebih setahun saya tanam markisa ni... pemberian pak su saya... katanya pokok buah ungu...
    tapi tak tahu kenapa pokok macam tak subur... kurus... daun tak lebat... warna daun pun hijau cair - tak pekat seperti daun dlm gambar... padahal baja diberi setiap bulan... pokok menjalar naik ke atas pergola tapi daun tak merimbun... buah tidak... bunga pun tak ada...
    kecil hati bila tengok pokok markisa org lain lebat berbuah... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin pH tak kena. Cuba gunakan tanah kompos yang kaya dengan bahan organik.

      Padam
    2. ada pokok inai berhampiran dgn markisa - pokok inai tu hidup subur pula?...

      Padam
    3. Mungkin pH atau struktur tanah tersebut sesuai untuk inai.

      Padam
  3. Ada seorang rakan menyebut tentang sos markisa bila saya kongsi cerita dan sedikit gambar pokok markisa yg saya tanam. En Is ada x resepi nak buat sos markisa? Teringin nak cuba kalau ada rezeki dpd pokok yg sedang berbuah skrg ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he, saya belum pernah rasa lagi sos markisa. Kena cari juga resepi tu. :)

      Padam
  4. Pokok markisa yang kami tanam kami beli di FAMA, Cameron Highlands.. Dah beberapa kali berbunga dalam kuantiti banyak.. tapi akhirnya, semua bunga gugur ke bumi.. jadi, tak pernah lagi menghasilkan buah.. kenapa ya?

    Pokok yang dulu, menghasilkan buah yang banyak, anak benih beli di Sg. Buloh.. tapi pokok tu mati disebabkan anai-anai..

    BalasPadam
  5. Pokok Makisa saya berpaut pada pokok yg mati. Baru2 ni pokok yg ditumpang tu rembah ketanah. Saya nak alih pokok Makisa yg berumur lebih setahun yg sudah rendang ketempat lain yg ada pagar. Boleh kah saya pindahkan kerana akarnya sudah tumbuh mendalam?

    BalasPadam