Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 20 April 2012

Sungkup Plastik Melindungi Cambahan yang Baru Dialih

Cambahan yang baru dialih biasanya amat sensitif pada perubahan cuaca.  Panas terik di waktu tengahari kadang-kadang membunuh cambahan tersebut.  Kucing juga menjadi musuh kerana ruang tanah antara cambahan akan dijadikan tempat melepaskan hajat.  Untuk melindungi cambahan, elok tutup ruang tersebut dengan sungkup sehingga tanaman kukuh.  Kucing pula bila lihat kawasan tersebut pernah ditutup dengan sungkup akan faham ruang tersebut bukan ruang untuk melepaskan hajat.  Tapi masalahnya kalau kucing lain datang bertandang, ruang tersebut akan dijadikan sasaran juga. :(  Masalahnya tinja kucing boleh menyebabkan penyakit, serta membunuh tanaman.  

Gunakan sungkup untuk melindungi cambahan daripada panas terik, titisan hujan yang lebat serta kucing.

Sungkup akan dibuka bila tanaman kukuh nanti.

15 ulasan:

  1. salam, tuan is. boleh tunjuk cam ne nak buat vertikal garden ni? xtercapai dek akal la.. tomato ditanam menonggeng pulak macam mana? hehe.. apapun, tiang pagar tuan is lawa la..natural gitu!

    BalasPadam
  2. Tomato ditanam menonggeng, boleh rujuk "Topsy Turvy" kat Internet. Yang vertical gargening tu, insyaAllah akan dibuat minggu depan.

    BalasPadam
  3. tinja kucing, umpatan jiran, panas terik, serangan serangga, serangan burung, kadang kadang kita sendiri terpijak cambahan yang ditanam..'occupational hazard' kan tuan Is hahaha:)

    BalasPadam
  4. tu la... banyak pokok yang ditanam mati sebab kepanasan... mak saya da suruh tutup ngan plastik tapi masih tak buat lagi...huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tutup waktu tengahari sahaja, pastikan pagi dapat cahaya sepenuhnya.

      Padam
  5. najis kucing biasanya, hubby saya tolong kutip dan buang... lepas dia buang saya cuci tpt najis tersebut kemudian saya tabur sabun serbuk - lagi wangi sabun serbuk tu lagi bagus... nanti kucing tak akan datang tpt tu untuk melepas... kucing biasanya akan cari tpt yg sama untuk dia melepas... jadi bila kita dah tabur sabun wangi... bau najis dia hilang... nanti dia cari la 'jamban' baru... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lastik ngan getah je.. Hehe :).. Kucing ni, kalau dia tengok kita garang, dia xkan datang lagi.. Lalu depan rumah pun dia akan cuba elakkan sebab takut terserempak dengan kita.. Hehe :)..

      Padam
    2. Kalau lastik, silap2 dapat musuh dalam senyap. Tentang tabur sabun, idea bagus tu. InsyaAllah akan dicuba.

      Padam
    3. Sir Syahmi,

      tak usah la lastik kucing tu... ugut je... kucing ada satu keistimewaan - dia faham bila kita cakap... so boleh je marah kucing tu kalau nampak dia nak memerut kat laman kita... ;p

      sblm ni laman saya mmg jd 'jamban'... lately ni takde... tapi tengok la sikit masa lagi kalau ada kucing baru - ada la nanti... ;p

      Padam
  6. TQ puan ejaMaria.. bagusla nak cuba lah bubuh serbuk sabun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama herny... actually ni idea dari Mak saya di kampung... saya sambung praktis je... ;p

      Padam
  7. ni my Rizal yg buat,,nampak mcm menjadi..tempat kucing melepas tu tabur sulfur/belerang or air berkumur buang kat situ..dah x nampak kuching kat situ dah lately...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berlerang.... Mungkin berkesan. Tapi berlerang juga akan kurangkan pH tanah.

      Padam
  8. Kalau dia memerut atas rumput jepun cemana pulak..? Boleh ke di tabur belerang or sabun wangi..? Menjejeaskan or membantutkan pertmbuhan rumput tak..?

    BalasPadam