Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 10 April 2012

Serangan Cucumber Beetle/Flea Beetle

Nampaknya makhluk perosak ini tidak mahu mengalah.  Semburan larutan pencuci dan minyak masak hanya mampu memusnahkan lalat putih, mealy bug dan bena.  Kalau serangan di waktu siang, boleh kutih satu-satu.  Ini serangan malam.  Macamana nak buat ni? Hmmmmm.  

Cucumber beetle menyerang di waktu malam.

"Daun ni masih elok.  Jom makan!"

"Oh kenyang....".

"Yang ini dah kurang sedap, jom singgah kat daun lain."



13 ulasan:

  1. Semasa kelas amalan ladang saya pun kumbang ni banyak menyerang. Habis tanaman tembikai, timun dan kekacang mati dimakan kumbang ni. Cara yang saya gunakan hanyalah dengan menyembur racun serangga tetapi tak dapat juga nak atasi kumbang ni. Persisten dalam menyerang.

    En. Iskandar takda tanam tanaman penghalau atau penarik ke untuk kumbang ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada, tapi saya nak baca pendapat rakan-rakan dulu. :)

      Padam
  2. Untuk lawan serangga ini, kita perlu faham tentang tabii ia dulu. Kitar hidup, masa membiak, masa dan waktu menyerang, jenis tumbuhan yang dimakan, mengapa tumbuhan tersebut sahaja diserang, ...

    Malangnya tak banyak bahan yang membincangkan tentang makhluk ini secara mendalam. Atau mungkin saya belum jumpa jurnal atau buku yang berkaitan. :) Walhal ia menjadi masalah utama bagi petani di kawasan kita termasuk Indonesia, Filipina, Thailand, India, ...

    Mungkin ada entomologist di antara kita yang dapat membantu. Kebiasaannya kita mencari jalan mudah dengan menyembur racun. Ini hanya penyelesaian sementara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sembur racun pun tetap dia datang jua....takkan tiap2 minggu kena sembur racun... sepertinya da jadi yang kat kedai la pula... penuh dengan racun dan sebagainya....

      dulu di pokok labu sangat banyak... lepas tanam timun, dia pi kat timun plak...huhuh sakit hati je tengok makhluk perosak ni..

      Padam
    2. Memang serangga ni makhluk perosak tegar. Kadang-kadang tu kalau ikautkan hati,nak Ridsectkan aja. Tapi ada cara lain. :)

      Padam
  3. Saya setuju. Mungkin perlu lihat jurnal-jurnal berkaitan. Apakah nama saintifik untuk serangga ini? Mungkin saya boleh cari di http://psasir.upm.edu.my/

    Mana tahu ada jurnal berkaitan dengan serangga ini.

    BalasPadam
  4. saya ingatkan saya shj jumpa kumbang kecil ni... dah beberapa kali saya snap gambar tapi sbb kamera saya biasa-biasa - tak dpt nak zoom kumbang kecil mcm ini...

    tanaman timun saya dah 3 kali semai... 3 kali juga pokok tak sempat besar - daun koyak rabak... lepas tu pokok timun pun mati... sedih... masa batch ke-3 lagi la saya sedih sbb putik timun tengah naik - pokok mati juga... bila saya perhati memang ada kumbang oren kecil tu... tapi tak tau nak buat apa... klu sembur racun serangga dia terbang tpt lain... :(

    yang saya perasan, kumbang ni sangat suka dgn tanaman merayap / menjalar mcm timun, kacang buncis, kacang panjang... apa-apa la pokok yg memanjat ni... pasti dia sampai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kekabuh (kumbang) ini memang paling suka pokok timun, sebab itu ia dinamakan cucumber beetle. Labu air, labu, petola semua kegemaran kekabuh ni. Kalau nak ditangkap, ia akan terjun ke bawah kemudian ketika jatuh akan terbang. Jadi kita boleh gunakan ini sebagai kelemahannya dan boleh tangkap kekabuh ini dengan mudah. Apa ang saya cuba ingin bincangkan dalam posting ini ialah bagaimana nak elakkan kumbang ini berkunjung ke laman kita.

      Padam
  5. Tuan, kalau guna pemikat lalat buah boleh x?

    Atau gantungkan plastik yang telah disapu minyak supaya ia melekat pada plastik tersebut :)..

    BalasPadam
  6. Pemikat lalat buah akan menarik lalat buah masuk laman kita. Satu masalah baru akan timbul. Kekabuh ini tak tertarik pada pemikat lalat buah (metil eugenol).

    Opsyen kedua mungkin jadi.

    BalasPadam
  7. Betul juga tu.. Nanti masalah lalat buah pula timbul :)..

    BalasPadam
  8. salam en. iskandar,

    saya rasa kumbang ni bukan sahaja makan pokok sayur, tapi bunga orkid saya pun pernah dia makan. habis kering bunga orkid saya.saya jentik je dgn tangan.;)

    BalasPadam