Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 23 April 2012

Semburan Makhluk Perosak

Sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini, jika bertanam secara organik, ada banyak cabarannya.  Semalam, bena (kutu daun, aphid ) muncul lagi mnenyerang pokok kacang panjang di halaman depan rumah.  Makhluk perosak ini sesuai dimusnahkan menggunakan semburan larutan minyak masak dan sabun pencuci sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini.  


Untuk ramuan tersebut, klik pautan ini.

http://www.tanamsendiri.com/2011/12/semburan-makhluk-perosak.html

Pokok kacang panjang diserang bena.

Sembur bahagian yang diserang.  Sembur juga di bahagian bawah daun untuk mempastikan semua bena dimusnahkan.

Pokok kacang panjang selepas disembur.  Ulangi semburan untuk beberapa hari hingga bena tidak kelihatan lagi.





18 ulasan:

  1. wah... sakan makan beramai-ramai... ;p

    BalasPadam
  2. Pokok daun garuda saya baru beli juga kelihatan bena berwarna kuning halus mula menyerang. Adakah boleh gunakan kaedah yg sama? Kaedah ini sekadar menghalau ada mampu menghapus bena?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramuan ini juga mampu membumuh bena, mealy bug dan lalat putih. Sabun dalam ramuan melarutkan wax yang menyaluti larva serta nim makhluk perosak. Minyak melekat pada badan makluk perosak dan melemaskannya.

      Ramuan ini kurang berkesan terhadap kekabuh mentimun dan kekabuh kutu (flea beetle) kerana saiznya yang lebih besar.

      Padam
    2. Owh... begitu operasinya, terima kasih Tuan.

      Kalau ada buddy utk pokok daun garuda ni menarik juga...

      Padam
    3. Tuan, pokok garuda tu macam mana eh? Hehehe..

      Padam
    4. Pokok garuda ni pokok hrba yang berbau seperti angin yang keluar dari badan. :) Orang cina memanggilnya daun k*****t. Daunnya kecil. Nama sains Ruta angustifolia

      Padam
    5. Sdr Baguznet, terima kasih. Ya daun Garuda sememangnya digunakan sebagai penghalau serangga.

      Padam
  3. Oh..yaa..bagus info nie..akhirnya dapt jugak jwpn..nnti saya try..

    BalasPadam
  4. rupanya seakan akan semut merah..tapi lebih halus. kalau untuk tanaman sayuran boleh gunapakai juga ke cara ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau semut, tak menjadi sebab semut tahan air sabun dan minyak masak.

      Padam
  5. en iskandar, saya cuba racun ini utk tanaman saya yg kene bugs yg putih2 tu..kene sembur byk kali baru mati ke? 1 lagi nak tanya..pokok kari saya diserang kerangga...kerengge bahaya x utk tanaman? geram saya tgk kerengge yg byk2 dipokok kari...macam mana nak membunuh nya? bole pakai cara ini? ataupun sembur je guna ridsect?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerengga sahabat kita. Ia makan ulat an makhluk perosak. Pokok yang ada kerengga buahnya sempurna.

      Padam
  6. Salam tuan,
    saya cuba gunakan campuran ini untuk menghapuskan serangan sejenis makhluk perosak di pokok daun garuda saya, makhluk ini berwarna kuning (tiada kamera sesuai untuk diambil gambar kerana saiz yang halus). Selepas beberapa hari disembur, saya lihat seakan makhluk perosak ini 'mati hangus' kerana kelihatan bintik2 hitam di tempat makhluk perosak ini berada ketika disembur sblm ini. Adakah begitu kesan penggunaan bahan ini? Kali pertama cuba guna...

    BalasPadam
  7. Mungkin kulit serangga ini mengandungi wax yang dapat dilarutkan oleh larutan semburan. Seburan ini berkesan dengan makhluk perosak yang halus seperti bena, mealy bug (kutu putih), lalat putih serta larvanya. Kalau serangga yang besar, misalnya kekabuh timun, anak dara cina dan milkweed bug, ia kurang berkesan kecuali untuk menghapiskan larva dan nim.

    BalasPadam
  8. Macam mane nk hapuskan semut hitam dgn merah?

    BalasPadam